in

Konon Beli iPhone 6 Berharga RM400 Tapi Rupa-rupanya Dapat Kotak Berisi Kentang

Potato

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jualan murah memang selalu diadakan bersempena hari perayaan atau hari-hari tertentu yang disambut oleh masyarakat setempat. Para penjual pula tidak akan terlepas daripada membuat promosi jualan untuk barangan mereka pada hari-hari istimewa ini. Namun, jangan terlalu obses dengan jualan murah sehingga anda terkena seperti wanita ini.


Menurut Metro UK, seorang wanita dari Amerika Syarikat yang teruja untuk memiliki iPhone 6 memikirkan bahawa dia telah berjaya membeli telefon pintar itu dengan tawaran harga yang sangat murah di jualan Black Friday.

Namun impiannya berkecai apabila telah menerima ketulan-ketulan kentang mentah di dalam kotak yang sepatutnya berisi iPhone 6! Weh gila kena tipu! 

I4
sumber: daily mail uk

Semuanya bermula apabila wanita berkenaan menyangka dia telah mendapat durian runtuh selepas menjumpai seorang lelaki yang menjual pelbagai barangan murah bersempena hari Black Friday. Namun ternyata sangkaannya meleset apabila dia sebenarnya ditipu oleh scammer yang memandu trak hitam itu.

“Dia ada segalanya. Baju, kasut, jam tangan, dompet, DVD, CD, telefon bimbit dan juga komputer riba.

“Saya bertanya kepada lelaki itu mengenai iPhone 6 dan dia kata ada. Dia akan jual kepada saya pada harga AS$100 (bersamaan RM400),” kata wanita itu yang sempat membelek-belek iPhone 6 tersebut sewaktu di tempat kejadian.

I7
sumber: daily star uk

Teruja dengan harga murah yang ditawarkan lelaki berkenaan, wanita itu bersetuju untuk membeli iPhone 6 yang dijanjikan. Dia meminta supaya lelaki itu menghubungi telefon bimbit tersebut bagi memastikan ia benar-benar berfungsi. Setelah telefon berdering, wanita itu semakin pasti bahawa telefon yang akan dibelinya bakal berfungsi dengan baik.

Lelaki tersebut turut memberitahu bahawa telefon pintar itu sudah diaktifkan dan bil pertamanya perlu dibayar pada pertengahan bulan hadapan. Berpuas hati dengan kualiti barang yang akan dibelinya, wanita berkenaan segera membayar harga telefon dan membawa pulang sebuah kotak yang kononnya mengandungi iPhone 6 bersama sekeping resit.

I2 E1511428947154
sumber: metro uk

Sebaik sahaja sampai di rumah, wanita malang itu hampir diserang sakit jantung sewaktu membuka kotak telefon berkenaan kerana mendapati ia dipenuhi 11 ketul kentang mentah dan bukannya iPhone 6! Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut meletakkan pengecas telefon android di dalam bungkusan itu. Jahatnya!

Sentiasa berhati-hati jika tawaran yang diberikan adalah terlalu murah daripada kebiasaan kerana takut-takut kita ditipu macam wanita ini!

Baca: Dua Mangsa Dipukau Lelaki Konon Ingin Jual iPhone Dengan Harga Serendah RM600

Ipff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.