in

Kisah Tun M, Tokoh Politik Malaysia Yang Paling Lama & TPMnya Yang ‘Dimatikan Karier Politik’ Semasa Menjadi PM

Tun M Politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergolakan politik di tanah air semenjak dua menjak ini telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen ramai.


Antara nama-nama penting yang menjadi sebutan sudah pastilah PM baru kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Razak dan semestinya ‘the grandmaster’ Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Er9Swh8Vuau5Ome

Bila bercakap tentang Tun M, ramai yang tahu bahawa beliau ialah seorang tokoh politik Malaysia yang paling lama dan masih lagi hidup sehingga sekarang. Kebijaksaan dan kelicikannya dalam ‘bermain’ politik memang tak dapat disangkal lagi.

Namun tahukah korang yang sebenarnya Tun M ni ada 4 orang Timbalan Perdana Menteri & menteri kanan semasa pemerintahannya yang ‘dimatikan karier’ saat mereka bergelar TPM, PM dan bakal PM. Haa nak tahu kenapa, jom baca pendedahan dari netizen di Twitter ni.

 

1. Musa Hitam

Musa Hitam merupakan TPM pertama Tun Dr Mahathir semasa pemerintahannya menjadi PM ke 4 yang bermula pada tahun 1981.

Beliau katanya telah menjadi ‘kambing hitam’ dalam kejadian hitam Memali pada 1985 dan banyak bercanggah pendapat dengan Tun M pada masa tersebut.

 

2. Tun Ghafar Baba 

Tun Ghafar Baba merupakan TPM kedua Tun M pada tahun 1986 hingga 1993.

Pada 1993 katanya, terdapat persaingan sengit dalam UMNO antara Team Wawasan (DS Anwar) dengan pemimpin lain termasuklah Tun Ghafar. Tun Ghafar katanya berundur untuk beri laluan kepada golongan ‘pendesak’.

 

3. Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)

Ku Li telah menentang Tun M semenjak dari awal lagi. Pada 1987, dia telah memilih Team Musa Hitam untuk lawan Tun M dan Ghafar Baba. Tapi dia tewas tipis dengan 43 undi sahaja.

Pertarungan Ku Li dan Tun M menjadi penyebab UMNO dibubarkan pada 1988. Ku Li katanya cuba tawarkan diri untuk cabar Tun M sekali lagi pada tahun 2000, tapi beliau gagal kerana tak cukup kuota 30% dalam pencalonan.

 

4. Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Pertembungan politik paling dahsyat ialah antara Anwar dan Tun M. Anwar merupakan TPM ketiga Tun M iaitu dari tahun 1993 ke 1998.

Beliau akhirnya dipecat pada 1998 kerana dituduh pengkhianat negara dan terlibat dalam skandal seks liwat. Anwar kemudian dipenjara dari tahun 1994 hingga 2004 sepanjang Tun M habiskan baki-baki tahun menjadi PM ke 4.

 

5. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)

Pak Lah merupakan TPM yang keempat dan kemudian diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 5.

Sikap Tun Abdullah disenangi Tun M kerana tidak masuk campur urusan pemecatan Anwar oleh Tun M. Pun begitu, kegagalan Barisan Nasional yang hilang 5 negeri pada 2008 telah menyebabkan Pak Lah ‘diserang’ Tun M.

Pak Lah akhirnya letak jawatan pada tahun 2009.

 

6. Datuk Seri Najib Tun Razak 

Merupakan PM ke 6 dan anak emas Tun M pada mulanya. Dia dipilih Tun M sendiri menjadi PM demi untuk membalas jasa ayah Najib iaitu Tun Razak yang membawa Tun M masuk UMNO semula semasa dipecat Tunku Abdul Rahman.

Pada PRU 13, BN hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat (sebelum Pakatan Harapan) yang menyebabkan Tun M ‘menyerang’ Najib pulak. Tun M kemudian keluar UMNO dan menentang Najib Razak.

Akhirnya selepas bergabung dengan musuh lama, Anwar Ibrahim, kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU 14 dan Najib kini berhadapan dengan pelbagai kes jenayah di mahkamah.

Terkejut kan bila baca? Apa-apapun min sentiasa mendoakan semoga Bapa Pemodenan kita ni sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu.

Boleh buat filem dah based on kisah-kisah kat atas ni… 

Baca: “Kenapa tak lantik Anwar terus” – Lelaki Ini Kongsi Teori Macam Mana Tun M ‘Buka Jalan’ Kepada Tan Sri Muhyiddin Jadi PM ke-8

Buka Jalan

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.