Kipas Dah Makin Slow? Haa… Ada Cara Nak Lajukan!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang kat rumah pakai kipas tak? Tipu la kalau kat rumah tak ada kipas.

Kipas dah makin slow walaupun dah dibersihkan

Ok, yang ada kipas tu, korang perasan tak kipas kat rumah korang makin lama makin slow? kecuali kalau korang memang tak basuh kipas dah bertahun-tahun, memang berhabuk la kipas tu. Ni yang dah pakai lama, confirm dia makin slow. Maklum la barang elektrik ni ada jangka hayat dia, lama-lama mesti makin slow tak pun rosak terus.

Dulu masa beli korang buka volume 1 pun dah rasa kuat. Sekarang bila korang buka volume sampai 3, baru la rasa angin kipas tu. Nak tahu tak kenapa? Haa… Ni admin nak share satu bebenang yang dimuat naik oleh seorang netizen bernama @akeymdonz  di Twitternya.

First sekali, cuba rajinkan diri sekejap ambil tangga dan panjat, tengok kipas rumah masing-masing. Lepas tu angkat cawan yang terlangkup tu, then tengok capacitor (kotak hitam) dia. Cuba korang tengok bacaan Farad dia tu dan biasanya antara dua, 2.5 microF ataupun 2.0microF.


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Ok dah tengok macam yang dalam gambar ni? Then korang pergi la mana-mana kedai hardware yang korang rasa ada jual benda ni. Ala… Tak mahal pun, range harga dia between RM5-8 je. Murahkan?


Sumber: Twitter

Lepas tu… korang mesti masa sekolah dulu dah pernah belajar pasal wiringkan masa zaman sekolah dulu? Ok kalau takda, minta tolong sesiapa yang pandai. Korang gantikan capacitor yang lama tu dengan yang baru. Ala.. Senang je la, ada dua wayar je kena sambungkan. Ok ada tips, sebelum nak buat tu korang kena sediakan tape hitam, screwdriver yang tip dia halus, dan gunting.

Utamakan keselamatan

Tapi jangan lupa, sebelum buat tu pastikan switch off power supply rumah korang awal-awal. Takut la pape yang jadi, better berhati-hati. Utamakan keselamatan ok! Kalau tak tahu power supply ke rumah yang mana satu? Ala… senang je, kotak ada electric dekat pintu rumah tu. Kalau tak tahu juga, korang Google je.

p/s: kalau nak lagi laju, gunakan farad yang lagi besar. Lagi besar farad, lagi laju kipas pusing. But  kalau dah besar sangat, bearing kipas yang tak dapat withstand. Takut tertanggal kipas tu, bahaya ok! 

So selamat mencuba!

Baca: Buat “Thread’ Kena Tinggal Dengan Awek, Rupa-rupanya…

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.