Kesiannya… Budak Terpaksa Tolak Atuk Yang Terbaring Atas Katil Lepas Tak Mampu Bayar Caj Upah RM1.71 Kepada Pegawai Hospital

Jadikan sumber pilihan di Google
Kesiannya… Budak Terpaksa Tolak Atuk Yang Terbaring Atas Katil Lepas Tak Mampu Bayar Caj Upah RM1.71 Kepada Pegawai Hospital

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni?

Satu kejadian sedih menimpa seorang kanak-kanak berusia 6 tahun apabila dia terpaksa menolak sendiri pengusung untuk pindahkan atuknya dari satu wad ke wad lain dek kerana tak mampu membayar upah kepada pegawai hospital. 


Menurut The Times Of India, pegawai tersebut telah meminta upah sebanyak Rs30 bersamaan RM1.71 yang tak mampu dibayar keluarga miskin itu.

Kejadian tersebut kemudian viral di media sosial selepas video 8 saat kanak-kanak yang menolak katil pengusung atuknya itu dimuat naik di Twitter. 

Kejadian yang berlaku di daerah Deoria, India tersebut kemudian mendapat perhatian majistret daerah tersebut yang meminta pihak hospital membuat siasatan. Sebaik siasatan dijalankan, pegawai berkenaan katanya telah dibuang.

Ibu budak berkenaan yang juga anak kepada lelaki yang sakit itu menjelaskan bahawa semasa kejadian tu berlaku, pegawai hospital berkenaan telah meminta upah sebanyak RM1.71 untuk setiap kali mengusung lelaki berkenaan ke wad lain untuk membasuh luka. Amboi melampau! 

“Oleh kerana saya tidak memberi upah, mereka enggan menolak pengusung hingga saya terpaksa melakukannya dengan bantuan anak lelaki saya, Shivam,” katanya.

Mujurlah ada yang prihatin. Kalau tak, kesian budak tu dan ibunya…. 

Baca: “Edit lagu sedih seolah mak tu charity project”- Anak Kena ‘Bash’ Sebab Tayang Belanja Ibu Di Pasaraya

Debt

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kesiannya… Budak Terpaksa Tolak Atuk Yang Terbaring Atas Katil Lepas Tak Mampu Bayar Caj Upah RM1.71 Kepada Pegawai Hospital
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kesiannya-budak-terpaksa-tolak-atuk-yang-terbaring-atas-katil-lepas-tak-mampu-bayar-caj-upah-rm1-71-kepada-pegawai-hospital/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen