in

“Edit lagu sedih seolah mak tu charity project” – Anak Kena ‘Bash Sebab Tayang Belanja Ibu Di Pasaraya

Ibu3

Viral dekat Twitter video seorang pengguna Tiktok kongsikan detik-detik sebak ketika dia berbelanja dengan ibunya di pasaraya.

Dalam video itu menjelaskan si ibu nak pinjam RM 30 daripada individu tersebut tetapi melihat mereka berbelanja seakan berbelanja lebih daripada amaun tersebut, jadi dia membuat keputusan untuk menggunakan duitnya.

Dalam video tersebut individu itu menjelaskan niatnya adalah untuk mendorong kepada anak-anak agar jangan pernah berkira dengan ibu bapa mereka.

 

Duit jangan berkira dengan mak ayah

Walaupun ada yang turut sebak melihatnya dengan muzik yang berlatar belakangkan alunan lagu sedih, ramai juga yang mengecam tindakan individu tersebut.

Bagi netizen, ia bukanlah satu tindakan yang patut kita tayang, meskipun individu itu telah menjelaskan bahawa niatnya bukan begitu, bagi warganet cara dia sampaikan mesej kepada orang ramai itu macam tak betul.

Malah ramai juga yang beri sindiran sinis kepada individu tersebut.

 

First time ek beli barang dapur untuk mak – Netizen

Barangdpur

Ada juga yang berpendapat bahawa niat murninya itu dah terpesong kerana cara dia sampaikan itu.

 

Edit letak lagu sedih seolah mak tu charity project.

Barangdpur2

Barangdpur 1

Hurm, kadang-kadang tak semua benda baik itu kita kena tayang, bukanlah nilai wang itu tapi niat tu yang penting. Mungkin individu tersebut benar-benar ikhlas, siapa tahu?

 

Baca : “Ingatkan nak dukung je”  -Ibu Ini Nyaris Hilang Nyawa Anak Lepas Mentua Suap Air Masak Dekat Bayi

Bayi

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter