in

#KesAdib : “Tiada saksi yang betul-betul nampak Adib dipukul” – KPN

Adib 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini ramai tertanya-tanya mengenai perkembangan kes Allahyarham Muhammad Adib Mohamed Kassim ahli bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada November 2018.


Perkembangan terbaru, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan…

..sehingga kini tiada saksi yang benar-benar dapat menyatakan telah melihat Allahyarham Muhammad Adib dipukul, malah kesemua keterangan yang diperoleh adalah bersifat ‘hearsay’ serta berupa pendapat.

 

Nafi keluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan mahkamah

Igp Abdul Hamid Bador2 10072020

Malah beliau juga menafikan dakwaan yang pihaknya tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan mahkamah koroner berhubung kematian Adib, lapor Bernama.

Tan Sri Abdul Hamid berkata tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang pada sidang media yang dibuatnya pada Jumaat lepas (10 Julai).

Beliau menjawab isu ini selepas keluarga Allahyarham Adib menerusi peguamnya mendakwa PDRM tidak menghormati serta bercanggah dengan keputusan mahkamah koroner.

 

Kes Adib tidak pernah ditutup!

Sementara itu berhubung kes Adib, beliau berkata kes tersebut tidak pernah ditutup dan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sj Adib Hmfield Image Listing Featured V2.Var 1543410269

Malah usaha-usaha untuk mengenalpasti pelaku-pelaku jenayah ini masih dijalankan dan beberapa isu perlu disiasat dengan lebih terperinci ekoran daripada keputusan inkues.

“Sekiranya benar berlaku serangan sepertimana yang dinyatakan berdasarkan pendapat saksi dan pakar, pasti wujud kesan-kesan serangan dan pasukan siasatan masih memperhalusi perkara ini bagi mendapatkan suspek sebenar,”

Tan Sri Abdul Hamid berkata pasukan siasatan juga sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas saksi kes, kerana didapati tidak konsisten dengan rakaman percakapan sebelum ini.

 

Baca : Selain Adib, Ini 4 Lagi Kematian Unsung Hero Yang Belum Terbela

Baca 9

Sumber: Malay Mail
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.