in

“Kering kontang betul” – LMK Dikecam Lagi Kali Ini Sebab Kek Batik Terlalu Kering

Page Lmk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita cakap pasal kek batik, mesti terbayang dia punya moist tu kan? Tambah pulak sekarang orang makin kreatif siap boleh tambah macam-macam topping lagi.



Lepas dah kecoh adik kepada Neelofa iaitu Little Miss Khan atau nama sebenarnya Ameera Khan rakam IG story dalam wayang, nampaknya sekali lagi dia dikecam tapi kalini disebabkan oleh kek batik miliknya.

Seperti satu tweet yang dikongsikan oleh pengguna media sosial Twitter, dia mempersoalkan tekstur Kek Batik LMK yang dikatakan begitu kering dan juga rapuh!

Gambar screenshot tersebut merupakan video asal yang dirakam oleh LMK menerusi akaun rasminya sendiri iaitu @littlemisskhan. Kini, tweet tersebut telah mendapat lebih dari tiga ribu retweet dan hampir lima ribu likes.

“Literally keras kejung berkecai bila transfer atas pinggan weh” – Komen netizen

Tweet itu juga mendapat banyak replies yang mengatakan bahawa kek batik tak sepatutnya kering dan seolah-olah seperti biskut yang disalut dengan spread coklat sahaja. Malah ada yang kongsi gambar-gambar kek batik sendiri.

Twt Full

Bukan itu sahaja, ada juga yang memberi komen siap nak kongsikan resepi sebenar kek batik supaya lebih nampak ‘batiknya’. Netizen juga menyifatkan bahawa teksturnya tidak bersesuaian dengan harga yang dipasarkan.

Takpelah, min harap awak semua bertenang dulu yaa… Mungkin LMK akan cuba invent resepi baru ke kan? Kita doa yang baik-baik je okay.

Baca: Little Miss Khan Didakwa Rakam IG Story Filem ‘House Of Gucci’ Dalam Pawagam , GSC Bakal Ambil Tindakan

Lmk House Of Gucci

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.