in

“Kenapa saya yang kena minta maaf” – Muhammad Sajjad Nafi Minta ‘Runner’ Tukar Jantina Dalam Mykad

Sajatyus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang wanita yang dikenali sebagai Yusmiliati ada meminta tuntutan maaf daripada usahawan kosmetik Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat secara terbuka di media sosial miliknya kerana telah mencalarkan imej wanita tersebut.


Namun, dakwaan yang mengatakan Muhammad Sajjad dan pembantu menggunakannya untuk menukar maklumat jantina ke JPN itu disangkal oleh Muhammad Sajjad sendiri.

 

“Merepeklah saya tak pernah minta tukar jantina..Tidak akan membuat permohonan maaf”

41560830412 Sajat 2
Sumber : astro awani

Menerusi sumber Astro Awani, Sajat dia tidak pernah bertemu dengan Yusmiliati dan semua dakwaan menerusi kenyataannya dalam sebuah sidang akbar petang semalam itu tidak benar sama sekali.

Dia juga enggan menuruti tuntutan yang diminta oleh Yusmiliati iaitu membuat permohonan maaf.

“Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohonan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.

“Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar.

“Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf”

Tambah Sajat lagi, dia menafikan bahawa ada membayar Yusmiliati untuk menolongnya menukar maklumat jantinanya sepertimana yang didakwa semalam.

Semalam, Yusmiliati ada memberikan kenyataan bahawa Sajat dan pembantunnya ada membuat laporan polis kerana didakwa menipu.

Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari 2019 lepas.

 

Baca : “Saya dah bantu” – Sajat & PA Humban Wanita Ini Dalam Lokap Sebab ‘Frust’ Gagal Tukar Jantina Kat JPN?

Sy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.