Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai isu penghantaran tiga ekor gajah dari Zoo Negara ke sebuah zoo di Jepun.
Perkara itu menjadi perbincangan hangat di platform Threads apabila ramai warganet meluahkan rasa tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
Kebimbangan itu timbul kerana perbezaan suhu, iklim dan cuaca di Jepun yang tidak sama seperti di Malaysia, sekali gus dikhuatiri boleh menjejaskan kesesuaian serta kebajikan gajah-gajah berkenaan.

Menerusi kenyataan daripada Facebook rasmi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), tiga ekor gajah Malaysia telah dihantar ke Tennoji Zoo di Osaka, Jepun untuk kerjasama konservasi dengan kerjasama Zoo Taiping.
Ia adalah sebagai salah satu usaha memantapkan program konservasi dan pembiakan.

Artikel Berkaitan: “Malu gamaknya nak lepas merata” – [VIDEO] Gajah Jinak Ambil Masa Nak Naik Lori, Rupa-rupanya…
Artikel berkaitan: Gajah ‘Melawat’ Kedai Runcit, Sempat Ambil Beberapa Pek Makanan
Sumber: Facebook Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
