in

“Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim” – Cara Untuk Keluarga Mangsa Dapat Ganti Rugi Daripada Pemandu Mabuk

Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan sikap kes pemandu mabuk yang semakin melampau kerana telah meragut nyawa orang yang tak bersalah ini, ramai yang jadi marah sehinggakan Perdana Menteri sendiri mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat. Lapor Berita Harian.


Isu jadi semakin meleret apabila ada yang mempertikaikan undang-undang Malaysia ini tak adil kerana memikirkan nasib keluarga si mati ini. Kalau pemandu didapati bersalah, denda itu hanya diberika kepada kerajaan tetapi bukan keluarga.

Kata pengalaml undang-undang Mufarwa Farid, ia memang akan diberikan kepada kerajaan, namun terdapat cara bagaimana keluarga si mati boleh tuntut ganti rugi kepada pesalah ini.

 

Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut

Ezd3Mp3Ueaaqyw2

Jadi, pemandu mabuk ini akan menghadap 2 mahkamah berbeza iaitu, mahkamah yang bicarakan kes jenayahnya dan  kes saman keluarga si mati.

Menurut Mufarwa Farid, hakimnya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun berlainan.

Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil. Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman.”

Tambahnya lagi., dalam undang-undang Malaysia, jika mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan  atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, mereka ini ada hak untuk menyaman.

 

Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim 

Pertamanya adalah Dependency Claim. Ia merupakan satu tuntutan keluarga si mati yang  agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh sediakan kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.

Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.”

Contohnya, ketika arwah ni masa hidup, arwah menyediakan RM 2500 sebulan untuk menyara keluarga. Umur arwah 45 tahun. Jadi, keluarga arwah boleh tuntut RM2500 x 12bulan x 10tahun terus daripada pemandu mabuk ni.

Bagaimanapun, keluarga itu hanya boleh tuntut pendapatan dia yang sampai 55 tahun sahaja. Jadi kalau umur arwah lagi muda, lagi bergandalah tahun-tahun tersebut. Tapi, ianya semua tertakluk kepada keputusan Hakim dan yang keduanya adalah….

 

Bereavement Claim

Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untuk ‘bayar’ kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.

“Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis. Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM10,000.”

 

Ketiga, Loss Of Support

Ia tidak melibatkan duit tapi satu tuntutan ke atas kehilangan tempat untuk bergantung dari segi tenaga.

Contohnya, situasi kalau arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami pula memang bergantung kat arwah untuk jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju & tidurkan anak tersebut.

“Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja2 tu. Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.”

 

Keempat, Estate Claim

Tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan ‘kesakitan’ yang dialami oleh si mati.

Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Menurutnya, kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.

Keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kpd laporan perubatan.

Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati.

Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.

Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

 

Kelima, tuntutan kos guaman.

Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka. Tapi kena ingat!

Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untuk mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian.

Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untuk saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni.

Estate Claim pula, tempoh mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian. 

 

Kalau keluarga ni menang, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?

  • Minta Mahkamah supaya arahkan PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.
  • Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja.
  • Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.
  • Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.

 

Baca : Peguam Jelaskan Kenapa Suspek Langgar Wan Amirah Tak Boleh Dihukum Gantung Sampai Mati

Zabetha

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.