Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai isu ketiadaan kerusi di sebuah sekolah agama yang terletak di Melaka sehingga menyebabkan para pelajar terpaksa duduk di atas lantai.
Terbaharu, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memaklumkan masalah ketiadaan kerusi dan meja di Sekolah Rendah Agama (SRA) Ayer Merbau, Jasin akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Kelas baru dibuka sebulan lalu
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman memberi jaminan bahawa masalah itu akan selesai dalam masa terdekat.
Kita akan selesaikan dalam masa terdekat kerana tender (pembekalan kerusi dan meja) dikeluarkan untuk sekolah seluruh Melaka dan bukan sekolah itu (SRA Ayer Merbau) saja.
Artikel berkaitan: “Ustaz tak kesian ke?” – ADUN Merlimau ‘Mengamuk’, Setahun Murid Sekolah Belajar Atas Lantai
Artikel berkaitan: “Boleh jadi sumber pendapatan” – Pensyarah Saran Ibu Bapa Hantar Anak Belajar Kemahiran Sebelum Masuk IPT
Dalam pada itu, Rahmad menjelaskan dan keadaan murid yang terpaksa duduk di atas lantai hanyalah bersifat sementara kerana kelas tersebut baru dibuka sebulan lalu berikutan pertambahan jumlah pelajar di sekolah itu, lapor Berita Harian.
Ia adalah kelas yang baru dibuka untuk Tahun Tiga. Sekolah itu mempunyai 21 kelas yang mana semuanya lengkap dengan kemudahan, termasuk perabot. Insya-Allah, kita akan selesaikan permasalahan itu dalam tempoh terdekat.
Terdahulu, seramai 34 murid dari SRA Ayer Merbau yang mengikuti sesi pembelajaran di sekolah itu terpaksa duduk di atas lantai oleh kerana ketiadaan kerusi di sekolah tersebut.
@drakmalsaleh Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh
Masalah ini telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau apabila dia sendiri telah turun padang dan mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan selepas menerima aduan daripada ibu bapa murid terbabit.
ADUN Dr Muhamad Akmal Saleh berasa terkilan apabila melihat keadaan murid duduk di atas lantai yang hanya beralaskan tikar getar di dalam kelas.
Sumber: Berita Harian