Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahukan rumah tangga yang dibina kekal sehingga hujung nyawa. Namun, siapalah kita kalau mahu menolak takdir yang telah ditentukan oleh Ilahi.
Kisah kali ini adalah tentang si suami yang telah kehilangan anak dan isteri dalam masa yang sama selepas beberapa bulan berkahwin. Muhammad Syahir telah berkongsi kisah hidupnya ini menerusi Twitter.
https://twitter.com/ssyyhhrr/status/1237387436151287808
Pada mulanya, isterinya, Nur Shakira Ameera Assakri telah terkena jangkitan kuman pada tonsil dan paru-paru. Setelah itu, wanita ini juga disahkan menghidapi penyakit kanser darah atau leukemia oleh doktor. Allahu, beratnya ujian pasangan ini.
Lagi menyedihkan, isterinya yang berusia 27 tahun rupanya telah berbadan dua pada masa yang sama. Zuriat pertama mereka pada ketika itu baru berusia 15 minggu.
Isterinya itu telah pergi dijemput ilahi pada 5 Mac lalu setelah bertarung nyawa melawan penyakit. Manakala anaknya yang masih dalam kandungan itu pula telah meninggal dunia sehari sebelum ibunya pergi.
Doakan arwah isteri dan anak saya ya. Terima kasih sahabat, moga Allah tunaikan segala doa-doa anda semua
Kisah lelaki ini telah mendapat banyak perhatian daripada netizen Twitter yang turut bersedih dengan kehilangan isterinya itu.
Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Baca: “Baru seminggu nikah” – Tengah Majlis Sanding, Isteri Tiba-tiba Rebah Depan Tetamu & Meninggal Dunia