in

Kecoh! Tayangan Filem Conjuring Diberhentikan Seketika, Pengunjung Pawagam Di Indonesia Didakwa Dirasuk

Fi Srm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dekat sini yang minat gila dengan filem genre seram? Min yakin mesti ramai yang minatkan? Dengan unsur-unsur suspen, dan adegan boleh buat kita terkejut tanpa kita duga semestinya genre ini jadi kegemaran ramai.



Mesti korang pernah dengarkan sekuel filem berjudul The Conjuring yang boleh dikatakan antara filem paling seram pernah ada. Tapi korang tahu tak filem ni sebenarnya ada impaknya sampai penonton boleh dirasuk?

 

Dirasuk di panggung wayang

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila berlaku sebuah kejadian dimaklumkan bahawa seorang pengunjung panggung wayang dirasuk ketika menonton filem The Conjuring tersebut.

Menerusi posting di akaun TikTok @witeewitee, dikatakan bahawa seorang penonton ini telah dirasuk ketika menonton sekuel terbaru filem tersebut yang baru ditayangkan di sebuah panggung wayang di Indonesia.

Srm 1 1

Dalam video tersebut, terlihat suasana pawagam yang sunyi kerana kejadian itu, hingga tayangan ketika itu terpaksa dihentikan seketika.

“Sumpah ini dipause gara-gara ada yang kesurupan,” kata si perakam video.

Pengunjung yang lain seakan buntu dan melihat kepada individu tersebut, selain terdapat beberapa pengung lain menghampiri mangsa yang didakwa dirasuk itu.

Ujar si perakam lagi, dia mendengar suara tangisan padahal menurutnya orang yang dirasuk itu sudah dibawa keluar dari pawagam berkenaan.

“Yang tadi bukannya udah dikeluarin. Terus itu siapa yang nangis lagi,”

Di akhir video, didakwa juga ada seorang lagi yang seakan mengalami gangguan sebelum dibawa keluar. Lalu tayangan tersebut disambung kembali selepas keadaan menjadi reda.

@witeewitee

Kesurupan pas nonton Conjuring ☑️ #kesurupan #theconjuring

♬ original sound – Wite Wid – Wite Wid

 

Sebagai tambahan, sekuel terbaru bagi filem tersebut yang berjudul The Conjuring : The Devil Made Me Do It telah ditayangkan di pawagam di Indonesia pada 2 Jun lalu menurut sportskeeda.

Lain macam betul impak filem baru ni. Kesian dekat penonton tu.

 

Baca : Meremang! Truck Mainan Kawalan Jauh Anak Bergerak Sendiri, Ustaz Kata Penghuni Asal Nak Tunjuk Diri

Foot Srm 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.