in

Kecoh! CCTV Rakam Wajah Wanita Seakan Hantu Filem ‘The Excorcist’

Featured Image 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tengok tengok cerita hantu the exorcist? Cerita ni memang seram, sebab muka  orang yang dirasuk tu memang mengerikan. Muka hantu ni juga selalu digunakan untuk prank orang.


The1

The2

Cakap cerita hantu ini, baru-baru ini Polis di Scotland ada mempamerkan muka seorang wanita yang diambil dari CCTV. Muka wanita tersebut saling tak tumpah seperti muka hantu yang diceritakan tu.

Menerusi Facebook Argyll & West Dunbartonshire Police Division, imej wanita ini telah mencuri perhatian netizen kerana mukanya yang menyeramkan dan menyerupai hantu tersebutt. Untuk pengetahuan, polis sedang memburu wanita ini tau.

The4

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian wajah wanita tersebut telah mendapat ribuan komen. Rata-rata mereka turut mengaitkan wanita ini dengan hantu dari cerita tersebut.

The5 The6 The7

 

Kenapa Dia Diburu?

Tujuan polis menyebarkan imej wanita ini kerana dia didakwa ada hubung kait dengan insiden serangan sebuah pub di West Dunbatonshire pada awal bulan Disember tahun lepas .

Kejadian tersebut menyebabkan seorang wanita terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Salah satu komen di posting itu, seorang lelaki mendakwa yang dirinya adalah anak kepada mangsa serangan yang berlaku. 

Dia mengatakan wanita yang di dalam gambar itu telah menyerang ibunya yang berumur 65 tahun. Dia turut minta agar rakyat di sana membantu untuk mencari wanita berkenaan.

The 8

 

Baca: Robert The Doll: Kisah Disebalik Patung Hantu Paling Seram Yang Dikatakan Boleh Bergerak & Mencederakan Orang?

Annotation 2020 07 10 123335

Sumber: Google
Sumber: You Tube
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.