Anjing terkenal dengan sifatnya yang setia terhadap tuan yang memeliharanya. Ia juga boleh menjadi penjaga rumah yang dipercayai. Nampak je orang yang mencurigai, mesti anjing akan menyalak kan.
Kali ini, seekor anjing spesies husky dari China pula mencuri tumpuan ramai kerana ia pandai menekan periuk nasi untuk membantu tuannya memasak.
Video gelagat anjing itu telah dikongsikan oleh YouTube South China Morning Post beberapa hari lepas.
Menurut tuannya, anjing yang berusia enam tahun ini bijak mengikut arahan setelah mendengar suara tuannya menerusi sistem CCTV rumah.
Pada ketika itu, tuannya berada di luar rumah kerana ada urusan untuk menjalani ujian Covid-19, namun dia takut lambat balik.
Oleh itu, dia mengarahkan anjingnya untuk menekan periuk nasi supaya bila dia balik nanti, nasi dah siap masak.
Hebat betul anjing ni.
Bukan itu sahaja, anjing husky bernama Lucky ini juga pandai menekan sendiri flush tandas dan ia turut berkemampuan memakai tali pinggang keledar dalam kereta.
Difahamkan, tuannya yang dikenali sebagai Zhou telah mengubah suai butang pada alat elektrik tersebut untuk memudahkan anjingnya menekannya nanti.
Menurut Zhou lagi, anjingnya itu juga mudah diajar, jadi dia tak mengambil masa yang terlalu lama untuk mengajar sesuatu trick kepada Lucky.
Dalam video yang dikongsikannya, ada satu moment di mana Lucky juga pandai memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, siap boleh tutup lagi pintu washing machine tu tau.
Memang betul-betul beruntung tuan Lucky dapat anjing yang bijak ni kan.
Sumber: YouTube South China Morning Post
Baca: Terlalu Ingin Menjadi Anjing, Lelaki Gembira Impian Tertunai Lepas Keluarkan Modal RM690K