in

“Kebetulan nama anak pun sama” – Ini Kisah 4 Pasangan Kembar Yang Terpisah Sejak Kecil

Kembar Terpisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan sepanjang korang hidup, korang tak pernah tahu pun korang ada kembar, tiba-tiba masa tengah scroll internet ke atau tengah jalan-jalan, terjumpa orang yang muka memang sebijik macam korang?


Itulah antara realiti kehidupan yang dihadapi beberapa individu selepas mereka terpisah dengan pasangan kembar mereka sejak kecil. Ada diantara mereka ini terpisah disebabkan mereka diambil sebagai anak angkat oleh dua keluarga berbeza dan ada juga yang terpisah sebab tertukar dengan bayi lain. Plot twist, bayi yang tertukar tu pun ada kembar dia!

Jom kita baca cerita mengenai empat pasangan kembar yang terpisah sejak kecil, tentang kehidupan mereka dan bagaimana mereka bertemu satu sama lain semula.

1. Robert Shafran, David Kellman & Eddy Galland

0 Xqj1Lbsuoly6Qo20 E1631425150213

Bukan mudah untuk membesarkan anak seorang, cabaran lagi besar bila dapat bayi kembar. Pada 12 Julai 1961, seorang wanita muda telah melahirkan bayi kembar tiga. Namun begitu, wanita berkenaan tak ready nak besarkan kembar tiga. Disebabkan itu, dia memilih untuk memberikan anak-anaknya untuk diambil sebagai anak angkat oleh orang lain.

Tapi, apa yang wanita tu tak tahu, anak-anak kembarnya dipisahkan dan tidak dibenarkan untuk berhubung sebagai salah satu eksperimen yang dijalankan oleh National Institute of Mental Health. Tidak cukup dengan itu, ibu bapa angkat kembar ini juga tak tahu yang anak angkat mereka tu ada kembar dan dijadikan eksperimen.

Hampir 20 tahun selepas dilahirkan, pasangan kembar Robert Shafran, David Kellman dan Eddy Galland akhirnya bertemu satu sama lain dengan bantuan rakan-rakan mereka.

190123 View Strangers 1144 Hpmain 16X9 992 E1631425214215

Namun begitu, pada tahun 1995, Eddy Galland meninggal dunia selepas membunuh diri akibat mengalami kemurungan. Lebih menyedihkan, Eddy meninggal dunia tanpa mengetahui yang dia dan dua kembarnya adalah bahan eksperimen. Manakala, Robert dan David pula menjadi aktivis mempertahankan hak bayi kembar supaya mereka tidak dipisahkan.

2. James ‘Jim’ Lewis & James ‘Jim’ Springer

Jim Twins Thumb E1631425260714

Menurut Ripley’s, James Lewis dan James Springer diambil sebagai anak angkat pada tahun 1940 ketika mereka hanya berusia tiga minggu. Kedua-dua mereka diambil sebagai anak angkat oleh dua keluarga berbeza yang secara kebetulan menamakan mereka James dan menggelar mereka dengan nama timangan, Jim.

Selain daripada diberikan nama sama oleh keluarga angkat masing-masing. Berikut adalah beberapa persamaan lain yang dikongsi dalam kehidupan pasangan kembar yang terpisah ini:-

  • Jim Lewis & Jim Springer pernah berkahwin dua kali dan isteri pertama mereka mempunyai nama sama iaitu Linda dan isteri kedua mereka juga mempunyai nama serupa, Betty.
  • Jim Lewis & Jim Springer mempunyai seorang anak lelaki dan masing-masing bernama James Alan dan James Allan
  • Jim Lewis & Jim Springer mempunyai anjing peliharaan bernama Toy ketika membesar
  • Jim Lewis & Jim Springer perokok tegar dan memandu kereta jenama sama.

B8Esx Jim Twins 2 E1631425536540

Pasangan kembar ini akhirnya bertemu semula ketika berusia 39 tahun.

3. Anais Bordier & Samantha Futerman

Anais Bordier And Samantha Futerman E1631425585337

Pada Februari 2014, Anais Bordier dan Samantha Futerman, 33, bertemu semula selepas mereka terpisah semenjak kecil. Difahamkan, Anais sedar dia adalah anak angkat dan berasal dari Korea Selatan. Pun begitu, wanita berkenaan tak tahu yang dia ada kembar, lapor Mirror.

Suatu hari, seorang rakan Anais menghantar gambar seorang pelakon America bernama Samantha Futerman yang mirip wajahnya. Selepas menonton video-video yang dimuat naik Samatha di laman YouTube dan mengkaji tentang latar belakangnya, Anais akhirnya mendapat tahu bahawa Samantha merupakan kembarnya yang telah terpisah sejak kecil.

4. Barbara Herbert & Daphne Goodship

Daphne Goodship And Barbara Herbert 1024X774 1 E1631425762689

Menerusi satu temu bual segmen berita bertajuk 48 Hours, pasangan kembar Barbara Herbert dan Daphne Goodship merupakan antara lima pasangan kembar yang ditemu ramah kerana mereka membesar terpisah dengan satu sama lain.

Dikenali sebagai ‘The Giggle Twins’ kerana cara mereka ketawa dan lipat tangan sama, Barbara dan Daphne menghabiskan masa 40 tahun kehidupan mereka terpisah dengan satu sama lain selepas ibu kandung mereka membunuh diri. Seperti pasangan kembar Jim Lewis & Jim Springer, Barbara dan Daphne juga mempunyai persamaan tersendiri dalam menjalani kehidupan mereka meskipun terpisah. Contohnya:-

  • Barbara dan Daphne berhenti sekolah pada usia 14 tahun
  • Mereka bertemu suami masing-masing ketika berusia 16 tahun
  • Pernah mengalami keguguran pada bulan yang sama dan mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan
  • Mempunyai fobia terhadap darah dan ketinggian
  • Mempunyai penyakit heart murmur, thyroid dan beberapa alergi sama

Sumber: Very Well Family, Ranker

Baca: TikTok Satukan Kembar Yang Terpisah Selama 23 Tahun!

Ft Kembar E1619927453868

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.