in

“Kau tak layak jadi mak”- Model Cilik Berusia 3 Tahun Diterajang Ibu Sebab Mengadu Penat Beraksi Untuk Sesi ‘Photoshoot’

Featured 25

Pada pendapat korang anak kecil seawal usia 3-4 tahun apa yang biasanya dilakukan mereka? Mesti korang akan cakap bermain kan? Well tidak bagi seorang kanak-kanak di China ni.

Niu Niu berusia 3 tahun merupakan seorang model cilik yang terkenal di China dan dia bekerja untuk beberapa jenama pakaian di negara tersebut..hebat, kecik-kecik dah buat duit.

5 6
Sumber : metro uk

Namun cerita yang admin nak kongsikan ini merupakan sisi lain berkaitan kerjaya Niu Niu sebagai model profesional di usia muda.

Kisah ni actually dah viral di media sosial khususnya di China apabila satu video menunjukkan ibu Niu Niu menendang kanak-kanak tersebut di set photoshoot selepas didakwa kanak-kanak itu mengadu penat untuk beraksi.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=kY3gfj6X1Do

Menurut metro uk selepas je kejadian tu viral, ibu Niu Niu teruk dikecam netizen ekoran perlakuannya keatas kanak-kanak tersebut yang dipercayai dirakam di Hangzhou, China.

Malah wanita itu juga didesak untuk memohon maaf oleh wargamaya.

“Saya tiada niat nak cederakan Niu Niu dan saya minta maaf atas salah faham yang disebabkan oleh perbuatan saya”

“Saya nak tegaskan disini bahawa anak perempuan saya diberikah sepenuh perhatian dan kasih sayang. Terima kasih kerana memahami.”– Ibu Niu Niu

2 7
Sumber : metro uk

4 6

Untuk pengetahuan korang, pengguna sosial media khususnya di Weibo meninggalkan ribuan komen kecaman terhadap ibu Niu Niu dan menyifatkan perbuatan wanita itu sebagai ‘penderaan kanak-kanak’.

Malah mereka juga tahu pendapatan yang diperoleh kanak-kanak itu dibayar kepada ibu bapanya.

Undang-undang pengiklanan di China actually mengahalang syarikat-syarikat iklan menggunakan khidmat kanak-kanak dibawah usia 10 tahun sebagai jurucakap mereka.

Bagi admin satu je, nak jadi mak jadi lah mak betul-betul.

Baca : Hiburan bertukar tragedi 2 Kanak-kanak Maut Diterbangkan Debu Syaitan Di Taman Permainan

Debu