“Kau ingat rumah aku ni zoo ke?” – Monyet Ceroboh Dapur, Gelagat Reen Rahim Bikin Netizen Terhibur

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kau ingat rumah aku ni zoo ke?” – Monyet Ceroboh Dapur, Gelagat Reen Rahim Bikin Netizen Terhibur

Monyet memang dikenali sebagai haiwan yang nakal dan sering mengganggu ketenteraman akibat sikapnya yang sering menyelongkar sesuatu untuk mencari makanan.

Haiwan berkaki empat ini adakalanya bikin kecoh di kawasan perumahan yang dikelilingi pokok atau berdekatan hutan.


Seperti baru-baru ini, pelakon Reen Rahim berdepan detik cemas apabila seekor monyet secara tiba-tiba memasuki ruangan dapur rumahnya semasa dia sedang melakukan sesi live di Instagram.

Artikel berkaitan: “Aku lempang kang” – Lawak! Suami Reen Rahim Kena Libas Sebab Nak Buat ‘Content’ Ala-ala Abang Tesla

Artikel berkaitan: “Dia Dah Rembat Pandai Pula Demand”- Negosiasi Antara Seekor Monyet Dan Seorang Wanita Jadi Tular

Dalam video yang dimuat naik itu, Reen kelihatan terkejut dan terus menyorok di sebelah tingkap luar rumah sambil memerhati monyet yang menceroboh dapurnya sedang menikmati telur ayam di atas peti sejuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Allahuakbar monyet, aku takut monyet macam mana ni. Eh dia makan telur lah pula. Aduh

“Okay relax, nampak tak dia makan telur tu. Ya Allah macam mana ni keluarlah!,” jerit Reen sambil cuba menghalau monyet itu dengan penyapu.

Tidak lama selepas itu, monyet tadi dilihat telah meninggalkan ruangan itu dengan keadaan bersepah.

“Apa? Dia ambik makanan ikan. Mana suami kita.

“Sumpah tak kelakar. Kat depan ni ada lagi, kau ingat rumah aku ni apa, zoo?” bebel Reen.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang menonton video itu terhibur dengan gelagat Reen yang cemas tetapi mencuit hati.

Screenshot 2023 11 23 172247 Screenshot 2023 11 23 172300 Screenshot 2023 11 23 172317 Screenshot 2023 11 23 172221

Namun, ada juga menasihatkan Reen untuk tidak memberikan makanan kepada monyet itu kerana dikhuatiri haiwan tersebut akan kembali mengganggu.

Cemas-cemas pun, sempat lagi control ayu! Hahaha…

Sumber: Instagram

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kau ingat rumah aku ni zoo ke?” – Monyet Ceroboh Dapur, Gelagat Reen Rahim Bikin Netizen Terhibur
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kau-ingat-rumah-aku-ni-zoo-ke-monyet-ceroboh-dapur-gelagat-reen-rahim-bikin-netizen-terhibur/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM