in

“Kenapa lembap sangat bertindak” – Lagi Kes Telefon Percuma Meletup, Syed Saddiq Minta Kerajaan Tarik Balik

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, kerajaan ada memberikan bantuan subsidi telefon pintar 4G percuma bagi membantu pelajar yang perlu menjalani Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Pun begitu, sejak telefon ini diedarkan, ramai yang mengadu telefon tersebut mempunyai banyak masalah seperti cepat panas malah ada beberapa kes telefon ini meletup.

Sebentar tadi, menerusi Twitter, Syed Saddiq telah kongsikan gambar tangkap layar menunjukkan aduan seseorang menyatakan telefon pintar jenama Yes yang diterimanya telah meletup.

Nasib baik tak kena dekat tangan anakku… Baru pakai dua bulan… Hasil jaringan prihatin lah sangat…

E5Ldoykvkam8D6H

“Kenapa lembap sangat nak bertindak?”

Ekoran ini, Syed Saddiq sekali lagi menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera menarik semua telefon percuma yang diberikan ini.

Screenshot 2021 07 06 At 11.58.46 Am

“Tunggu kes ragut nyawa dulu baru ambil tindakan”

Netizen turut bersetuju dengan kenyataan Syed Saddiq ini dan turut menasihati ibu bapa untuk tak benarkan anak-anak memakai telefon percuma yang diberikan kerana bimbang ada yang tercedera.

Screenshot 2021 07 06 At 12.04.58 Pm Down

Harapnya ada tindakan sewajarnya diambil untuk isu ini. Risau pula kalau jadi apa-apa…

 

Baca: “Kalau dibagi sardin, takkan kita minta ayam” – Netizen Bengang Dengan Penjelasan MB Perak Tentang Telefon Kualiti Rendah

Screenshot 2021 07 06 At 12.15.30 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.