Dalam musim pandemik COVID 19 yang melanda negara kita ni, macam-macam cara peniaga di luar sana gunakan untuk melariskan barang jualan mereka. Lagipun bukan senang nak berniaga masa PKPB ni, kadang-kadang tak ramai pelanggan yang datang membeli.
Menerusi satu video yang dikongikan seorang netizen di Twitter, tular gelagat seorang peniaga yang meniaga apam balik dan roti kukus ini dilihat menggunakan teknik promosi jualan yang agak comel dan bersopan santun.
https://twitter.com/Aiiman_zaid/status/1319887763957637120
Peniaga tersebut yang memandu van putihnya dilihat sedang melalui jalan di kawasan perumahan dan menggunakan pembesar suara untuk mempromosi makanan yang dijualnya. Namun apa yang mencuit hati ialah nada suaranya yang kedengaran sangat santai dan bersopan santun.
Kalau min dengar orang jual macam ni, terus cair hati nak beli ni!
“Alhamdulillah dah jumpa owner”
Setelah video tersebut viral, rupanya ada netizen yang mengaku kenal abang van putih tu. Nah ini video daripada kawan dia. Tukang viral video ini pun dah kongsikan tweet handle owner perniagaan tersebut, kalau korang berminat bolehlah hubungi abang tu.
Ni saya dengan kawan saya bang ?? pic.twitter.com/4RYyfiMZld
— Aidil (@_aidilhafifi) October 25, 2020
“Teringat kat orang yang jual tilam… tilam.. tilamm… tilam lama tukar baru”
Teknik pemasaran ni buat netizen teringat pula dengan cara orang berniaga tilam yang naik lori dan pusing sekitar kawasan rumah tu kan. Adoi menggamit memori betul!
Kalau ada terjumpa small business macam ni, jom kita support! Apa-apapun admin doakan semoga bisnes abang ni terus berjaya ye!