Tak dapat dinafikan jenayah kecurian adalah bukan perkara asing lagi di negara kita ini. Sejak berlakunya pandemik ini, ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan memilih jalan singkat untuk dapatkan wang.
Namun aksi ‘berani mati’ seorang pencuri di Johor Bahru beberapa hari lalu mengejutkan orang ramai.
Panjat balkoni kondominium
Menerusi beberapa rakaman yang tular, seorang pencuri dilihat nekad untuk memecah masuk unit kondo ingin dirompaknya dengan cara memanjat balkoni hingga ke tingkat 15.
Apa yang paling mengejutkan, dia dilihat tidak memakai sebarang peralatan khas untuk memanjat balkoni tersebut walaupun didakwa tempat itu mempunyai pengawal keselamatan yang ramai.
Pernah dirakam buat jenayah sama
Menerusi perkongsian oleh Shafinaz Shariff, Rupanya kira-kira sebulan lalu, lelaki tersebut turut dirakam melakukan jenayah yang sama di sebuah apartment.
Shafinaz memberitahu bahawa pencuri tersebut adalah orang yang sama merompak barangan di rumah kawannya.
Sepandai-pandai pencuri memanjat, akirnya jatuh ditangkap jua. Nasib malang menimpa lelaki tersebut, apabila dia berjaya ditahan orang ramai ketika di kondominium tersebut.
“Ni bukan terdesak, ni pakar”
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pencuri tersebut. Ada yang berpendapat walaupun terdesak tiada punca pendapatan, tapi ini bukan jalan mudah yang perlu diambil.
Aihh duduk kondominium pun tak selamat, bahaya ye sekarang ni. Hati-hati semua.