in

“Kalau aku terus terkeluar anak” – Wanita Dah Nak Beranak, Sekali Terkejut Tengok Doktor ‘Dress Up’ Jadi Joker

Doktor Joker

Setiap ibu yang mengandung mestilah tak sabar dan tertunggu-tunggu saat anak mereka dah bersedia untuk melihat dunia ni. Setiap orang lain pengalamannya. Ada yang baby keluar lambat dari due, ada yang awal macam yang berlaku dekat satu pasangan ini dari Tennessee pada tahun 2017.

Menurut perkongsian si suami, tanpa disangka isterinya dapat tanda untuk melahirkan anak pada 31 Oktober iaitu ketika Halloween dan mereka pun terus menuju ke hospital pada hari kejadian.

Joker1
sumber: little things

Biasanya kalau Halloween ni kan dorang suka dress up sebagai karakter berlainan kan. Tapi, pasangan ni tak sangka doktor yang bakal sambut anak mereka dalam dewan bersalin tu pun bersemangat untuk dress up.

Joker2
sumber: little things

Menurut Justin, isterinya terkejut bila dapat tahu doktor yang bakal sambut anaknya itu berpakaian seperti watak Joker. Make up muka semua pun sama sebiji weh!

Sepatutnya isteri saya tarikh bersalin adalah 5 November tapi bila bangun pagi hari Halloween tu, air ketuban dan bocor. Kami ke hospital pada jam 12.30 tengah hari dan ditahan wad.

Joker3

Joker4

Joker5
sumber: little things

Doktor pun masuk untuk periksa keadaan isteri saya dan ketika itulah kami dapat tahu dia berpakaian sebagai Joker. Kami rasa perkara ni kelakar dan teruja sebab bayi kami akan disambut oleh ‘Joker’.”

Kira-kira jam 4 petang doktor dah check namun laluan bukaan rahim isteri Justin masih belum cukup 10cm. Jadi doktor tu kata dia nak pulang dulu untuk agihkan gula-gula kepada kanak-kanak dan untuk tukar pakaian.

Joker6

Joker7
sumber: little things

Tapi isteri Justin berkata dia harap doktor tu tak tukar penampilan dia sebagai Joker tu. Rupa-rupanya memang doktor tu tak tukar dan sambut kelahiran bayi mereka sebagai ‘Joker’.

Walaupun macam rare dan scary, isteri Justin memang pandang tepat dekat mata ‘Joker’ tu bila nak teran dan proses kelahiran berjalan lancar. Keesokan hari, dia datang semula ke bilik sebagai ‘doktor sebenar’ dan ucapkan tahniah dekat pasangan ni.

Joker8

Joker9
sumber: little things

Mesti anak dia sekarang peminat cerita Batman! Haha.

Baca: “Bayar murah pun tak makan” – Doktor Ini Dedah Harga Sebenar Ubat, Netizen Ternganga

111Ubat