in

Kajian: Pengguna Android Lebih Bagus Dijadikan Pasangan Berbanding Pengguna iPhone

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dahulu telefon pintar hanya dianggap sebagai kehendak manusia, kini ia boleh dikategorikan sebagai keperluan memandangkan banyak urusan penting yang perlu dilakukan melalui telefon pintar.


Banyak perangai dan tabiat buruk yang muncul daripada pengguna telefon pintar jika mereka ketagih menggunakannya. Malah, perangai buruk ini kadang kala memberi kesan kepada orang sekeliling kita terutamanya pasangan.

The List Kick Smarthpone Addiction Primary 100671723 Large

Satu kajian telah dibuat oleh Compare My Mobile berkenaan perangai buruk dalam menggunakan telefon dan kesannya terhadap perhubungan cinta.

Mungkin ini kedengaran sedikit pelik, namun hasil kajian mendapati pengguna Android lebih kurang cenderung untuk mempunyai perangai buruk berbanding pengguna iPhone. Betul ke ni?

Berikut adalah hasil kajian yang telah disimpulkan:

Screenshot 32

Jika anda boleh lihat pada gambar di atas, ia menunjukkan perangai buruk pengguna telefon pintar dan peratusan kebarangkalian perangai tersebut ada pada pengguna Android dan iPhone.

Berdasarkan kajian yang dibuat, salah satu perangai buruk pengguna telefon pintar adalah menggunakan telefon semasa menonton televisyen atau filem. Mengejutkan, 75% daripada pengguna iPhone mempunyai kecendurangan untuk melakukan tabiat ini berbanding dengan pengguna Android (59%).

Selain itu, perangai buruk lain yang direkodkan adalah mengambil gambar sesuatu benda dalam kuantiti yang banyak. Sebagai contoh, gambar kucing dan swafoto. Untuk perangai ini pula, pengguna iPhone sekali lagi mendahului carta dengan 52% berbanding dengan pengguna Android 46%.

Wp7950071

Namun harus kita akui, kualiti kamera iPhone lebih berkualiti berbanding kebanyakan kamera Android. Jadi, logiklah jika mereka kerap menggunakan kamera kan?

Perangai buruk lain yang direkodkan adalah menggunakan telefon semasa makan. Perangai ini berada di tangga ketiga dan didahului oleh pengguna iPhone dengan 64%. Tidak kisah pengguna iPhone atau Android, harus kita akui menggunakan telefon pintar semasa makan adalah kurang sopan.

Kajian di bawah ini pula adalah rumusan daripada kajian sebelum ini. Berikut adalah kaitan perangai buruk yang direkodkan dan peratusan perangai tersebut untuk menjadi punca keretakan hubungan cinta.

Screenshot 33

Menggunakan telefon semasa menonton televisyen atau filem menjadi pilihan utama orang ramai sebagai punca hubungan cinta menjadi renggang. Lebih mengejutkan, perangai ini majoritinya dilakukan oleh kaum wanita.

Secara konklusi daripada kajian ini, kita boleh lihat pengguna Android adalah jauh lebih baik berbanding pengguna iPhone dalam tidak melakukan perangai buruk ini.

Bagaimanapun, pengguna iPhone tidak perlu bersedih kerana kajian juga mendapati anda lebih mudah untuk mendapatkan pasangan berbanding pengguna Android.

Jadi, anda pengguna Android atau iPhone?

Iphone Android

 

Sumber: Compare My Mobile

 

BACA“Khas buat si paranoid” – Jenama Mewah Rusia Tawar iPhone 12 Pro Tanpa Kamera Dengan Harga RM22,400

Cats 9

Sumber: Greenbot
Sumber: BGR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.