Perjuangan The Pocket Rocketman di sukan Olimpik Paris 2024 berakhir apabila Datuk Azizulhasni Awang telah dibatalkan penyertaan kerana didapati memotong derny (basikal elektrik yang berfungsi sebagai pacer) sebelum derny tersebut meninggalkan trek.
Anda boleh baca penjelasan dari jaguh berbasikal trek negara ini di sini berhubung situasi yang berlaku di Velodrom Saint Quentin malam tadi waktu Malaysia.
Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas perkara yang berlaku kepada Datuk Azizulhasni Awang.
John Beasley berkata demikian dalam temubual bersama Astro Arena sejurus kejadian itu di velodrom berkenaan.
Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan juga Menteri Belia dan Sukan, @hannahyeoh#SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/PN7TQ9TDBj
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 10, 2024
Artikel Berkaitan: Azizulhasni Awang Jelaskan Situasi Yang Berlaku Lepas Penyertaan Dibatalkan Dalam Acara Keirin
Artikel berkaitan : Penyampai Buat Silap, Perkenalkan Korea Selatan Dengan Nama Rasmi Korea Utara Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024
"Saya fikir ia terlalu menyedihkannya. Ia terlalu sukar untuk diterima. Ia pasti berbeza jika anda dapat berlumba tetapi anda tidak dapat"
John Beasley juga turut beremosi selepas ditanyakan keadaan Dato' Azizulhasni Awang.#SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/5ty1U3pdsb
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 10, 2024
Rata-rata netizen di platform X juga turut bersedih dengan keputusan tersebut namun rata-ratanya turut memberikan kata-kata semangat kepada Datuk Azizulhasni Awang, jurulatih dan pasukannya.
TERIMA KASIH AZIZULHASNI AWANG!
Walaupun ini bukan pengakhiran yang dimahukan, kami tetap bangga dengan Dato @AzizulAWANG our Pocket Rocket Man!
Olympics
🥈 2020 Tokyo
🥉 2016 RioWorld Championships
🥇 2017 Hong Kong (Keirin)
🥈 2010 Ballerup (Keirin)
🥈 2009 Pruszkow… pic.twitter.com/JuN459Eegl— Giarc Nibisna 🇲🇾🌺 (@craigansibin) August 10, 2024
Walaubagaimanapun, perjuangan team Malaysia masih belum selesai kerana kita masih mempunyai seorang lagi wakil negara dalam acara berbasikal trek ini iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Sama-sama kita beri sokongan kepada beliau!
Sumber: X @ASTROARENA