in

JAWI ‘Sertu’ Al-Ikhsan Alamanda Lepas Diceroboh Babi Hutan, Tup-tup Babi Hutan Tersebut Kena Langgar Di Putrajaya?

Babi Hutans E1618630240229

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila seekor babi hutan dilaporkan telah memasuki premis Al-Ikhsan di pusat beli belah Alamanda, Putrajaya.


Gelagat haiwan tersebut telah dirakam berlegar-legar di dalam premis tersebut sebelum ia dibawa keluar ke sebuah padang ragbi berdekatan pusat beli belah tersebut oleh pihak Bomba dan Penyelamat.

 

Al-Ikhsan jalankan proses sertu

Selepas daripada kejadian itu, Pengurus Al-Ikhsan Lembah Klang, Saiful Adam mengambil tindakan pantas dengan melakukan proses ‘sertu’ ke atas premis tersebut yang tercemar, lapor NST.

Proses terbabit telah dijalankan oleh staf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam dengan melibatkan 15 orang daripada pihak JAWI dan 10 lagi dari staf Al-Ikhsan sendiri selama dua jam.

“Kami berjaya mengesan tapak kaki dan air liur babi hutan tersebut dan membuang segala barang yang mempunyai kaitan dengan haiwan tersebut,” kata pihak Al-Ikhsan.

Premis itu juga katanya telah menanggung kerugian sebanyak RM20,000 selepas mereka terpaksa membuang barangan seperti jersi, seluar dan kasut yang dipamerkan selepas disentuh haiwan itu.

 

Babi hutan yang ‘sama’ sudah mati dilanggar? 

Walau bagaimanapun semalam, sebuah kereta katanya telah melanggar seekor babi hutan yang melintas jalan di Jalan Presint 15, Putrajaya. 

Keadaan babi hutan itu macam manapun tidak diketahui. Terbaring macam tu, macam dah mati je. Adoi…

Agak-agak itu babi hutan yang sama ke, ceroboh Alamanda Ahad lepas? 

Baca: “Excited PKPB Putrajaya dah habis” – Kecoh, Seekor Babi Dirakam Berada Di Dalam ‘Mall’ Di Putrajaya

Pkpb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.