in

“Excited PKPB Putrajaya dah habis” – Kecoh, Seekor Babi Dirakam Berada Di Dalam ‘Mall’ Di Putrajaya

Babi Masuk Mall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mentang-mentanglah PKPB di Putrajaya dah diumumkan tamat hari ni, terus pergi shopping!


Sebuah pusat beli belah di Wilayah Persekutuan Putrajaya kecoh apabila seekor babi dirakam berada di dalam salah sebuah kedai di pusat perniagaan itu.

Menerusi laman sosial Twitter @redzuanNewsMPB, orang awam berjaya merakam adegan seekor babi yang berada di dalam sebuah kedai di sebuah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya.

Video berkenaan kini sudah ditonton lebih 1,000 kali.

Rata-rata netizen beranggapan insiden berkenaan adalah sangat lucu susulan ia berlaku hanya sehari selepas pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status Putrajaya yang diisytiharkan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Tidak kurang juga ada netizen yang berkata bahawa insiden berkenaan adalah kerana habitat semula jadi haiwan berkenaan sudah semakin berkurangan.

Baca: [TERKINI] PKPB Di Putrajaya Tamat! KL Dan Selangor Dilanjutkan Sehingga 20 Disember Kecuali 3 Daerah Ini

Pkpb 1 E1607164385304

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.