in

“It was amazing!” – [VIDEO] Cikgu Ini Gigih Pegang ‘Laptop’ Bawa Budak Tadika Lawat Zoo Melalui Kelas ‘Online’

Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan pandemik Covid-19 ni, banyak lawatan sambil belajar yang dianjurkan setiap tahun oleh pihak sekolah terpaksa dibatalkan. Jadi, ramai pelajar tak dapat nak cipta kenangan manis dengan kawan-kawan ketika zaman persekolahan.


Namun, baru-baru ini, viral video tentang seorang guru tadika yang gigih membawa laptop ke zoo untuk ‘membawa’ anak muridnya melawat haiwan-haiwan. Difahamkan, video itu telah dikongsikan sendiri oleh guru tersebut di TikTok dan mula tular di Twitter setelah ada netizen yang memuat naik semula video itu di platform tersebut.

@vividmichael

Zoo field trip in <30 minutes ???❤️ #kindergarten #teacher #school #zoo #woodlandparkzoo #tapir #rhino #orangutan #seattle

♬ original sound – Mr. Talcott

Untuk tidak menghampakan murid-muridnya, guru ini yang dikenali sebagai Mr Talcott telah membawa murid-murid tadikanya ke Woodland Park Zoo di Seattle, Washington melalui lawatan virtual dan ianya berlangsung selama 30 minit.

Cikgu 5

Cikgu 4

Antara haiwan yang ditunjukkan kepada muridnya ialah tapir, badak dan orang utan. Jadi, setiap kali budak-budak tu nampak haiwan melalui skrin laptop, cikgu ni akan explain dekat dorang tentang haiwan tersebut. 

Cikgu 6

Bukan itu je, cikgu ini juga ‘membawa’ murid-muridnya yang seramai 28 orang melawat menara pemerhatian di Seattle iaitu Space Needle menggunakan cara yang sama melalui online class. Min pun rasa lagi baik kalau guna cara ni sebab sekurang-kurangnya kanak-kanak tu tak terdedah kepada virus kan. 

@vividmichael

Space Needle field trip with 28 amazing kindergarten students. ❤️?? #spaceneedle #seattle #fieldtrip #teachersoftiktok #school

♬ original sound – Mr. Talcott

Di akhir video tu juga, boleh dengar suara anak muridnya menyatakan kegembiraan mereka dapat lihat haiwan walaupun hanya melalui kelas online. Menurut mereka,

It was amazing!,”

Bukan senang nak didik anak bangsa ni. Teringat pulak kata-kata, guru ini ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Terima kasih cikgu! 

Baca: “Effort cikgu ni memang terbaik” – Tunjuk Cara Mengajar Online, Guru Ini Dapat Pujian Netizen 

Cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.