in

Inspektor Polis Didakwa Culik & Rogol 2 Wanita Semasa Sekatan PKP!

Featt

Mengejutkan, namun inilah yang berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dilaporkan seorang pegawai polis berpangkat inspektor menculik 2 orang wanita warga asing warga Mongolia semasa sekatan jalan raya sempena PKP dijalankan.

Unnamed

Lebih parah apabila, inspektor polis berusia lingkungan 30-an bertindak merogol kedua-dua mangsa di sebuat hotel di Petaling Jaya, lapor mStar.

Kedua-dua wanita itu ditahan ketika sekatan jalan raya pada Jumaat malam dan dikurung di sebuah hotel berdekatan selama lebih 24 jam sebelum diselamatkan polis.”

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada Sabtu sebelum terus memulakan siasatan dan menahan inspektor polis terbabit.

“Kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun dan tidak mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Melayu selain terpaksa menggunakan bantuan daripada sahabat mangsa untuk memberi keterangan.

“Kedua-dua mangsa kini di bawah jagaan pihak polis di bawah unit D11 (Jenayah Seksual) dan dibawa ke pihak KKM untuk pemeriksaan kesihatan,”

81507346242 Opsnoda

Asisten Komisioner Nik Ezanee berkata anggota polis tersebut direman selama 5 hari bermula ahad dan disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, lapor Astro Awani.

Ujarnya kedua-dua mangsa tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pihaknya percaya mangsa terlibat dengan aktiviti berunsur maksiat, bagaimanapun siasatan masih dijalankan.

 

Baca : “Tak bagi mengamuk, dah dapat buat hal”  Lelaki Ditahan Guna Duit BPN Untuk Beli Dadah Harga RM540

Feat