in

“Tak bagi mengamuk, dah dapat buat hal” – Lelaki Ditahan Guna Duit BPN Untuk Beli Dadah Harga RM540

Collage 19

Tujuan kerajaan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah untuk membantu orang-orang yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Tapi, ada juga orang-orang yang tak bertanggungjawab gunakan wang yang diterima dari kerajaan ni untuk kepentingan diri sendiri…

Macam kes yang berlaku di Alor Setar, Kedah ni bila pihak polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di sekatan jalan raya yang dibuat di simpang Jalan Pantai Johor ke Gunung Keriang.

Capture75

Bukan je lelaki ni gagal patuhi PKP dengan keluar rumah pukul 11 malam malah dia keluar sebab nak beli dadah guna duit BPN yang baru dia terima. Eee apa nak jadi ni?

Harian Metro melaporkan, pihak polis menemui lima gram dadah jenis syabu dipercayai berharga RM540 dan sebotol air ketum.

Hasil siasatan awal mendapat yang lelaki ini mempunyai rekod jenayah salah laku penggunaan dadah dan baru je dibebaskan dari penjara enam bulan lalu.

Sedihlah tengok orang yang salah guna duit bantuan kerajaan ni. Ada orang sampai tak makan, makan nasi dengan garam tapi orang-orang macam ni dah dapat bantuan ambil kesempatan pulak.

 

Baca: “Mereput la ko kat dalam” – [VIDEO] Individu Kantoi Langgar PKP, Bila Polis Check Kereta, Jumpa Dadah

Screenshot 2020 04 09 At 3.15.16 Pm

Sumber: Harian Metro