Inkues Zara Qairina: Patung Saiz Kanak-kanak Dilihat Dibawa Masuk Ke Mahkamah Koroner Pagi Ini

Tambah ke Sumber Pilihan
Inkues Zara Qairina: Patung Saiz Kanak-kanak Dilihat Dibawa Masuk Ke Mahkamah Koroner Pagi Ini

Seperti semua sedia maklum, inkues Zara Qairina diteruskan hari ini dan pasukan peguam Datuk Ram Singh dilihat telah membawa masuk sebuah patung bersaiz manusia dengan ketinggian hampir sama seorang kanak-kanak ke Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu, jam 9 pagi tadi.

Pasukan yang mewakili saksi kanak-kanak dalam prosiding inkues berkenaan membawa patung tersebut selepas mencadangkannya kepada koroner semalam bagi membantu penjelasan keterangan saksi pertama hari ini.


Patung Koroner

Sementara itu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu akan menyambung keterangannya mengenai punca kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada hari kedua inkues hari ini.

Artikel berkaitan: Pakar Patologi Berpendapat Zara Qairina Tidak Mungkin Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Ditolak

Artikel berkaitan: Memahami Istilah Undang-Undang di Sebalik Inkues Kes Zara Qairina

Semalam, Dr Jessie ada mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami Zara Qairina berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Jessie Hiu Inkues Zara Qairina 1756890346Sumber: HM

Beliau juga mendedahkan tak mungkin arwah Zara jatuh secara tak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya ketika kejadian pada awal pagi 16 Julai lalu.

Perkara itu menurutnya berdasarkan pemeriksaan lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan ketinggian pahar konkrit koridor yang tak memungkinkan arwah terjatuh sendiri atau ditolak.

Berita lanjut bakal menyusul.

Sumber: Buletin TV3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Inkues Zara Qairina: Patung Saiz Kanak-kanak Dilihat Dibawa Masuk Ke Mahkamah Koroner Pagi Ini
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/inkues-zara-qairina-patung-saiz-kanak-kanak-dilihat-dibawa-masuk-ke-mahkamah-koroner-pagi-ini/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM