“Ini pengiktirafan negara, bukan untuk saya” – Respon Dr Noor Hisham Bila Diangkat Sebagai 3 Doktor Terbaik Dunia Handle Covid-19

Jadikan sumber pilihan di Google
“Ini pengiktirafan negara, bukan untuk saya” – Respon Dr Noor Hisham Bila Diangkat Sebagai 3 Doktor Terbaik Dunia Handle Covid-19

Kita sedia maklum Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah akan sentiasa update perkembangan wabak Covid-19 di Malaysia setiap hari.

Terbaharu, beliau telah diiktiraf menjadi salah satu doktor yang terbaik dunia yang handle wabak ini dan apa yang lebih teruja ialah pengiktirafan ini setaraf dengan dua doktor di negara lain iaitu Dr Anthony Fauci yang merupakan seorang pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) dan Ashley Bloomfield, Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, lapor Berita Harian.


Namun, bagi Dr Noor Hisham pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam membendung wabak ini.

DrSumber: Berita Harian

“Saya rasa itu pengiktirafan untuk negara kita”

Baginya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan dan memberi nasihat kepada kerajaan.

Humblenya Dr Noor Hisham

Sebagai contoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dilaksanakan bagi membendung wabak Covid-19 ini, pihak KKM hanya menasihat dan Perdana Menteri yang melaksanakannya.

M 1Sumber: SCMP

Dr Noor Hisham juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua menteri daripada setiap kementerian yang turut bekerjasama untuk melaksanakn PKP.

Ucapan terima kasih itu juga ditujukan kepada frontliner untuk tampil ke hadapan bersama-sama untuk menangani penularan wabak ini.

FSumber: Google

Biasa kalau orang dipilih antara yang terbaik ni mesti akan rasa berbangga kan, tapi Dr Noor Hisham rendah diri. Beliau pun mention juga pihak-pihak yang terlibat dalam usaha dalam membendung penularan wabak ni. Admin salute dengan Dr!

Baca : [TERKINI] 119 Kes Pulih Harian Melebihi Kes Positif Harian 110 & 1 Kematian

Kes

 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Fadilah Rofiie
Semua tulisan Fadilah

Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ini pengiktirafan negara, bukan untuk saya” – Respon Dr Noor Hisham Bila Diangkat Sebagai 3 Doktor Terbaik Dunia Handle Covid-19
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ini-pengiktirafan-negara-bukan-untuk-saya-respon-dr-noor-hisham-bila-diangkat-sebagai-3-doktor-terbaik-dunia-handle-covid-19/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen