in

Letupan Di Beirut Bukan Yang Pertama! Ini 4 Tragedi Letupan Mercun Paling Dahsyat Dalam Sejarah Dunia

Featured

Terbaru kita dikejutkan dengan insiden letupan ibu kota Lubnan sehingga mengorbankan lebih 70 nyawa dengan beribu yang cedera. Pelbagai spekulasi ditimbulkan susulan insiden tersebut.

Namun yang pasti rakyat tempatan, pembangunan dan kedudukan ekonomi Lubnan pasti terkesan dengan tragedi hitam tersebut.

Berkongsi kepada semua, admin ingin kongsikan 4 tragedi letupan mercun paling dahsyat dalam lipatan sejarah.

 

4. Kelab Malam Lame Horse, Rusia

Kejadian berlaku pada 5 Disember 2009, satu persembahan bunga api dirancang dilakukan di dalam kelab malam tersebut ketika pengunjung sedang rancak menari.

Bagaimanapun disebabkan tiada sistem keselamatan yang baik menyebabkan persembahan bunga api itu bertukar menjadi tragedi yang besar.

Lame Horse Fire Kelab Mercun

Ruang yang sesak dan padat menyebabkan api terbakar lebih marak sehingga meragut 156 nyawa dan 160 mengalami kecederaan.

Susulan kejadian itu, pemilik premis dikenakan hukuman penjara 10 tahun kerana gagal memastikan premis dalam keadaan selamat.

 

3. Kelab Malam Republica Cromanon

Kes kebakaran di kelab malam Republica Cromanon kali ini pula disebabkan oleh provokasi kumpulan rock tempatan dikenali dengan nama Callejeros.

Kejadian yang berlaku di Buenos Aires, Argentina pada 30 Disember 2004 ini disebabkan oleh tindakan kumpulan rock tempatan, Callejeros yang mengajak penonton membakar mercun suar (light flare) ketika mengadakan persembahan dalam tempat yang tertutup.

Kelab Malam Terbakar Akibat Mercun

Lebih menyedihkan ketika itu jumlah penonton seramai 3,000 orang iaitu dua kali ganda melebihi had yang dibenarkan untuk premis tersebut.

Suar dari penonton dikatakan menyebabkan percikan api sebelum menyambar siling yang diperbuat daripada foam board.

Bukan itu sahaja, ketika persembahan berlangsung dan ketika kejadian berlaku 4 daripada 6 pintu termasuk laluan kecemasan dirantai dengan alasan tak nak beri pengunjung luar menyusup masuk premis berkenaan.

Akibat daripada itu, kebakaran yang berlaku menyebabkan ramai tidak dapat menyelamatkan diri sehingga mengorbankan 194 nyawa dan 1,492 daripada pengunjung alami kecederaan.

 

2. Kelab Kiss

Tragedi yang berlaku di Rio Grande do Sul, Brazil pada 27 Januari 2013 ini pula melibatkan pelajar-pelajar universiti yang mengadakan birthday party secara besar-besaran di sebuah kelab iaitu Kelab Kiss.

Malah parti hari jadi itu turut disertai persembahan dua kugiran tempatan dengan disertai lebih 2,000 pengunjung iaitu dua kali ganda kapasiti sebenar kelab itu.

Semasa persembahan berlangsung, salah seorang anggota kugiran telah menyalakan mercun sehingga menyambar siling yang diperbuat dari foam board.

Siling kemudian runtuh sehingga keadaan menjadi sangat kelam kabut, ramai yang panik cuba menyelamatkan diri malah ramai yang dikatakan terperangkap.

Tragedi itu telah mengorbankan 245 orang dengan 180 daripada mangsa mati dalam tandas akibat sesak nafas.

Kelab Malam Kiss Kebakaran Mercun

 

1. Kompleks Mesa Redonda

Kalau ketiga-tiga kes diatas berlaku di kelab malam, berbeza dengan kes letupan ini yang berlaku di sebuah kompleks atau pusat jualan komuniti.

Kompleks Mesa Redonda mempunyai ribuan gerai dan merupakan tempat yang menjadi tumpuan golongan pertengahan dan bawahan untuk mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan.

Namun berlaku peristiwa hitam pada 29 Disember 2001 ketika mereka seronok meraikan sambutan Tahun Baharu dan Krismas, jadi banyak kedai menjual mercun dan bunga api.

Malah bahan-bahan letupan itu diletakkan secara longgok di merata-rata tempat.

Malang tak berbau bila salah seorang individu dipercayai bawah umur, menyalakan mercun yang dijual untuk menguji kekuatan mercun tersebut, bagaimanapun mercun itu telah menyambar mercun-mercun lain sebelum mengakibatkan kebakaran besar sehingga merebak ke bangunan sebelah.

Kebakaran Letupan Mercun

Kompleks yang dibina menggunakan kayu tersebut musnah dijilat api dan mengorbankan lebih 290 nyawa dengan majoritinya adalah kanak-kanak.

Sumber : iluminasi

 

Baca : Ia jelas letupan bom tentera- Bekas CIA Dakwa Letupan Di Beirut Bukan Hanya Berpunca Dari Ammonia Nitrat

Gambar Hiasan 11

Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi