in

“Ia jelas letupan bom tentera”- Bekas CIA Dakwa Letupan Di Beirut Bukan Hanya Berpunca Dari Ammonia Nitrat

Gambar Hiasan 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini kecoh di media sosial tentang letupan dahsyat yang berlaku di Beirut, Lubnan. Bencana yang menyayat hati itu mendapat perhatian dan simpati dari seluruh dunia. Namun apa yang menjadi tanda tanya orang ramai adalah punca sebenar letupan itu.


Pada awal kejadian, dilaporkan letupan itu berpunca dari gudang yang menyimpan mercun di pelabuhan ibu kota Lubnan itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengeluarkan kenyataan bahawa tragedi itu berpunca daripada 2750 tan Ammonia Nitrat yang telah dirampas dan disimpan selama 6 tahun di sebuah gudang disitu.

 

Ia bukan sekadar baja Ammonia

Kejadian ini turut membuatkan bekas pegawai operasi CIA dengan pengalaman luas di Timur Tengah,  Robert Baer untuk berkongsi pandangannya dan tegas mengatakan ia bukan sekadar baja Ammonia semata-mata lapor CNN.

“Itu jelas letupan bom tentera.”

“Itu bukan baja seperti ammonium nitrat. Saya cukup yakin dengan itu.”

Ammiachnaya Selitra 600X450 1

Baer menyatakan bahawa serbuk putih yang terdapat dalam video kejadian sebelum letupan besar kemungkinan merupakan petunjuk bahawa kewujudan Ammonia Nitrat  itu terbakar. Namun dia tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat juga bahan letupan lain di dalam gudang itu.

“Anda lihat bola oren itu (api letupan), dan jelas, seperti yang saya katakan, bahan letupan tentera.”

Walaupun masih belum ada bukti bahawa ini adalah serangan, kerajaan telah menyalahkan pengurusan yang lemah dan mengambil remeh tentang penyelenggaraan gudang tersebut.

Pun begitu, Perdana Menteri Lubnan telah melancarkan siasatan terhadap tragedi itu, dengan mengatakan dia tidak akan berehat sehingga dia berjaya menemukan mereka yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

Baca: #PrayForBeirut [Video] 2750 Tan Ammonia Punca Gudang Meletup? Sekurang-kurangnya 4,000 Cedera dan 78 Terbunuh

Q

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.