in

Inginkan Kelainan, Suami Buat Kejutan Hadiahkan Sebidang Tanah Di Bulan Buat Hadiah Hari Jadi Isteri

Bulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi membahagiakan insan tersayang, seorang suami bernekad untuk menghadiahkan bulan sempena hari jadi isterinya.

Lelaki yang dikenali sebagai Sanjay Mahato membuat kejutan dengan membeli sebidang tanah di bulan dengan harga sebanyak 10,000 rupee (RM562.59) atas nama isterinya.


Mereka yang menetap di Barat India menjadi tular apabila berita mengenai pembelian tanah itu.

Sanjay menceritakan kisah percintaannya dengan isteri dan bulan merupakan satu elemen penting dan sangat istimewa buat mereka.

“Hampir setiap malam kami merenung ke arah bulan dan berkongsi segala detik romantis mereka bersama,” katanya.

Isterinya tidak menyangka suaminya berjaya merealisasikan impiannya itu, dengan bantuan daripada Luna Society International.

Artikel berkaitan: Selepas Berjaya Mendarat Di Bulan, India Nak Teroka Matahari Pula

Artikel berkaitan: India Cipta Sejarah, Negara Pertama Berjaya Daratkan Kapal Angkasa Di Kutub Selatan Bulan

Keseluruhan proses itu mengambil masa kira-kira setahun sebelum Sanjay menerima kertas pendaftaran dengan label ‘tuntutan dan surat ikatan berdaftar untuk hartanah di Bulan’.

Bulan memainkan peranan penting dalam kisah cinta Sanjay dan isterinya. Pasangan itu sering duduk di taman sambil merenung Bulan dan berkongsi detik romantis bersama.

Memandangkan Bulan mendapat tempat istimewa di hati mereka, Sanjay menganggap tiada hadiah lebih sesuai untuk sambutan hari lahir pertama isterinya selepas mereka berkahwin.

Kredit: Kosmo Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.