“Influencer bijak, high education macam ni lah” – Walaupun Produk ‘Licin’ Dalam 54 Minit, Khairulaming ‘Reveal’ Kelemahan Kepada Followers

Jadikan sumber pilihan di Google
“Influencer bijak, high education macam ni lah” – Walaupun Produk ‘Licin’ Dalam 54 Minit, Khairulaming ‘Reveal’ Kelemahan Kepada Followers

Baru-baru ini, influencer masakan terkenal di Malaysia melancarkan produknya sendiri. Nama yang tidak asing lagi dalam kalangan netizen di Malaysia, Khairulaming telah berjaya menarik ramai orang untuk membeli produk sambal yang dinamakan Sambal Nyet itu.

Punyalah hebat influence Khairulaming ni, 10,000 botol Sambal Nyet tu habis hanya dalam 54 minit pada hari pertama dilancarkan di Shopee! Takyah ceritalah, memang ramai sangat yang kecewa sebab terlepas dan tak dapat nak jadi antara yang pertama rasa sambal Khairulaming ini.


Tapi, tuan empunya badan sendiri pun tak sangka yang secepat itu sambal dia akan ‘licin’.

https://www.instagram.com/p/CJf6vRxrjF9/

 

Siap reveal kelemahan!

Memang netizen puji betul cara Khairulaming buat marketing dan setiap perancangan yang dia dah susun cantik sempena pelancaran produk tu. Tapi, lagi buat netizen terkejut dan puji apabila Khairulaming turut dedahkan satu per satu kelemahan sistem dia selepas kali pertama ‘open order’.

Melalui Twitter, bekas pekerja syarikat oil and gas terkenal itu telah senaraikan setiap satu kelemahan yang dapat dikenal pasti oleh dia dan team selepas 9 hari bersengkang mata untuk settle kesemua 10,000 pertama dipos kepada pelanggan.

  1. Stock up terlalu banyak – menyebabkan produk sold out sekali gus & proses dah bungkus parcel jammed
  2. Proses jadi slow pada hari pertama hingga ke-3 sebab team tak familiar dengan sistem Shopee
  3. Proses membalut botol lama sbb kena buat dengan rapi
  4. Proses masak secara manual tapi perlu automatic mesin dalam proses bottling, labelling dan sebagainya untuk jimat masa
  5. Warehouse capacity kecil, tak boleh simpan stok terlalu banyak
  6. Ramai buat reselling lepas beli banyak-banyak di Shopee

Sambal3Sumber: Twitter

Ini adalah summary kelemahan yang disenaraikan Khairulaming melalui thread di Twitter. Tapi worry not, bukan setakat kenal pasti kelemahan tapi dia juga dah cari penyelesaian siap-siap untuk pengalaman pertama ni.

Daripada semua experince ni, I have come out with a new system untuk memudahkan proses restocking and parcel movement.”

Sambal akan di restock SETIAP HARI (kecuali Sabtu) pada pukul 10am. Quality sebanyak 800-1,000 botol sehari. Same day postage.”

Dengan cara ini, semua customers akan dapat sambal dengan laju, warehouse tak perlu simpan stock banyak and customers ada flexibility beli bila-bila diorang free.”

Sambal2Sumber: Twitter

Tapi, dengar cerita kali kedua open order dekat Shopee tu sambal sold out dalam masa seminit lebih je. Tudia penangan Khairulaming ni, memang power! Kepada korang yang belum berjaya untuk dapatkan sambal, harap bertabah dan cuba lagi. Jangan putus asa!

Ramai netizen memuji Khairulaming kerana bersifat terbuka dan dedahkan sendiri kelemahan sistem walaupun baru kali pertama dalam dunia bisnes ni. Seorang netizen di Facebook berkata,

Kita bila dah dapat sale beribu, tunjuk kemewahan, tunjuk parcel, saya hebat, awak tak hebat. Yang ni tunjuk kelemahan sistem dan countermeasure untuk masalah tersebut. Mantap.”

Baca: Penangan Sambal Nyet, Ada Yang Sanggup Menyamar Jadi Ejen Sambal Khairul Aming Untuk Kaut Untung Sendiri

F1 L

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Influencer bijak, high education macam ni lah” – Walaupun Produk ‘Licin’ Dalam 54 Minit, Khairulaming ‘Reveal’ Kelemahan Kepada Followers
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/influencer-bijak-high-education-macam-ni-lah-walaupun-produk-licin-dalam-54-minit-khairulaming-reveal-kelemahan-kepada-followers/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen