in

Indonesia Kembali ‘Lockdown’ Lepas Kes Harian COVID 19 Melonjak Lebih 20,000

Joko Widodo Umum Lockdown Indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kini bukan Malaysia saja yang sedang bergelut menangani peningkatan kes COVID 19 yang makin mengganas, negeri jiran kita juga, Indonesia sedang menghadapi perkara yang serupa.


Menurut FMT, Indonesia kini kembali mengetatkan lagi protokol kesihatan COVID 19 atau ‘lockdown’ yang bermula dari 3 hingga 20 Julai ini berikutan peningkatan mendadak kes wabak tersebut di republik itu.

Jkt 1624537364

Agak mengejutkan juga didapati kes COVID 19 di Indonesia sudah mencecah lebih 2.1 juta dengan kes harian melebihi 20,000. Uish tinggi tu! 

Presiden Joko Widodo dalam live di Youtube Sekretariat Presiden hari ini telah mengumumkan pemerintah akan menerapkan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

Joko Widodo 1

Kes baru COVID 19 di Indonesia juga katanya meningkat mendadak sejak 2 minggu lalu lagi berikutan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas dan ditambah pula dengan kehadiran varian Delta yang kini sedang ganas menular.

Sejak 24 Jun 2021, kes positif harian republik itu melepasi angka 20,000 dan jika dibandingkan sebelum sambutan Aidilfitri, kes harian yang dicatatkan hanyalah di bawah 4,000 sahaja.

Perlaksaan darurat ini melibatkan 48 kabupaten dan kota dengan menyasarkan kes turun hingga ke angka 10,000 sehari.

Antara peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh PPKM Darurat ialah penutupan pusat membeli belah, penerapan 100% bekerja dari rumah bagi sektor ‘non-essential’, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.

Semoga Indonesia juga bertabah seperti apa yang sedang dilalui Malaysia. 

Baca: Trend Kes Menurun Bakal Berubah, Data Terbaru Beri Bayangan Kes COVID 19 di Malaysia Bakal Meningkat?

Covid Naik

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.