Individu Tergamak Guna Kematian Rakan Sendiri Sebagai Modal ‘Promote’ Pakej Insurans

Tambah ke Sumber Pilihan
Individu Tergamak Guna Kematian Rakan Sendiri Sebagai Modal ‘Promote’ Pakej Insurans

Menjadi seorang ejen insurans ini memang mencabar, dengan pendapatan yang biasanya bergantiug kepada komisyen sahaja, saingan pula agak sengit, pasti sangat susah nak sustain.

Jadi, terpaksa lah gunakan pelbagai cara dan kerah otak untuk mencari kreativiti tersendiri untuk menambat hati orang awam di media sosial.  Walaubagaimanapun, cara seorang ejen dari Singapura ini agak keterlaluan.


Guna berita kematian kawan untuk promote insurans

Menerusi r/Singapore subreddit salah seorang pengguna ada kongsikan satu perkongsian dari Facebook, gambar tersebut merupakan satu gambar tangkap layar kenyataan ejen ini yang menggunakan berita kematian kawannya sebagai satu modal untuk mempromosikan pakej insurans.

Dalam catatan Facebook, lelaki itu berkata dia baru mendengar berita kematian rakan tenteranya akibat kanser, meninggalkan isteri dan seorang anak perempuannya yang masih kecil.

Dia kemudian beralih kepada maklumat insurans dengan mengatakan bahawa bahawa dia berharap arwah sebelum ini telah membeli insurans hayat yang mencukupi untuk menampung keluarganya menghadapi masa sukar yang akan datang sebelum mempromosikan sendiri usaha insuransnya.

“Saya akan memastikan rakan-rakan, saudara mara dan orang tersayang dapat berbuat demikian. Sila jangan teragak-agak untuk menghubungi saya untuk sebarang perancangan kewangan untuk diri anda dan keluarga anda bagi memastikan mereka dilindungi secukupnya. Terima kasih.”

Screenshot 2023 06 15 143623

Bagaimanapun, perkongsian asal telah pun dipadam sebelum ianya tular di Reddit, ia mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan ejen tersebut.

Screenshot 2023 06 15 153541 Screenshot 2023 06 15 153515

Korang rasa adakah ini perkara biasa atau dianggap tidak sensitif?

Baca : “Agak2lah marketing pun” – Gara-gara Kaitkan Tukar Duit Raya Dengan Takaful, Ejen Insurans Dikecam

Page Takaful

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Individu Tergamak Guna Kematian Rakan Sendiri Sebagai Modal ‘Promote’ Pakej Insurans
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/individu-tergamak-guna-kematian-rakan-sendiri-sebagai-modal-promote-pakej-insurans/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM