in

Ibu Mentua Polis Maut Renjatan Elektrik Kongsi Arwah Sempat Luang Masa Bawa Anak Isteri Ke Pantai

Syaz Ft 2026 08 07T121612.572

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perubahan sikap anggota polis yang maut terkena renjatan elektrik di Sabah baru-baru ini melahirkan rasa sebak dalam kalangan ahli keluarga apabila arwah sempat meluangkan masa berkualiti bersama isteri dan anaknya sebelum tragedi berlaku.

Ibu mentua kepada Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim, Norizan Hamat, 51, tidak menyangka tindakan menantunya membawa keluarga beriadah merupakan petanda arwah bakal meninggalkan mereka buat selama-lamanya.


Artikel berkaitan: Petinju Rusia Nyaris Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Rai Kemenangan

Artikel berkaitan: MCMC Siasat Tiga Individu Sebar Berita Palsu Tarif Elektrik

11111

“Menantu bawa isteri, anak ke pantai dua hari berturut-turut walaupun letih bekerja, tak sangka rupanya dia nak habiskan masa bersama keluarga sebab nak tinggal (meninggal dunia) dah,” katanya.

Menerusi laporan Harian Metro, Norizan memberitahu bahawa arwah yang bertugas di Balai Polis Weston, Sabah merupakan seorang menantu yang sangat baik dan prihatin. Malah, menjadi rutin harian arwah untuk sentiasa menghubungi keluarga melalui panggilan video serta berkongsi gambar aktiviti harian bersama isteri, Fatimah Syaera Zahrul Saharudin, 28, dan anak tunggal mereka, Hariz Idraqi, 2.

Mengimbas kembali detik cemas berkenaan, Norizan memaklumkan dia pada awalnya menerima maklumat daripada anaknya bahawa Mohamad Nur Hafiz dikejarkan ke hospital akibat terkena renjatan elektrik.

“Sepuluh minit kemudian, keluarga besan menelefon dan memaklumkan menantu sudah tiada.

Arwah menantu yang sangat baik, setiap hari buat panggilan video dan kami sangat terasa kehilangannya,” kongsinya.

Mengenai urusan pengebumian, Norizan menjelaskan jenazah arwah telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu bagi jalani proses bedah siasat pada jam 8 pagi tadi. Jenazah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Kuang, Ketereh sebaik sahaja tiba dari Sabah.

Dalam kejadian tragis di Jalan Weston, Kampung Weston semalam, Mohamad Nur Hafiz bersama dua rakan sejawatan, Koperal Chiu Teck Siong, 40, dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas galah besi yang digunakan untuk mengait kelapa terkena kabel elektrik utama Sabah Electricity.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.