in

“Hentilah politik seperti ini” – MP Dikecam Sebab ‘Janji’ Kes Covid-19 Di Sabah Akan ‘Hilang’ Lepas Pilihan Raya Tamat

Mohamadin Ketapi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Silam, Mohamaddin Ketapi yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah kerajaan Pakatan Harapan sejak beberapa hari ini telah membuat beberapa kenyataan kontroversi.


Semalam, Mohamaddin dikatakan telah menghina anggota keselamatan bila dia mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai satu “sandiwara”.

Namun menurut MalaysiaKini, MP Silam ini telah pun meminta maaf dan mengatakan video tular itu telah disalah ertikan dan tak menggambarkan keseluruhan ucapannya.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota-anggota keselamatan keseluruhannya.”

Mohamadin Ketapi

Hari ini pula, Mohamaddin sekali lagi dikecam selepas dia dengan yakinnya mengumumkan virus Covid-19 yang sedang melanda Sabah sekarang ini akan hilang bila pilihan raya tamat.

Saya yakin bila kita dah mengundi pada 26 September, kita akan ada 0 kes pada 27-28 September. Tak ada Covid-19. Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan menteri lain perlu letak jawatan dan berhenti. Mereka tak tahu situasi.”

Ekoran ini, beberapa menteri telah memberikan komen mengenai perkara ini termasuk Khairy Jamaluddin yang mengatakan konspirasi politik seperti ini perlu dihentikan.

Manakala, Presiden Warisan Sabah. Shafie Apdal pula turut memohon maaf kepada semua anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat oleh Mohamaddin.

 

Baca: “1 keluarga 3 ekar tanah” – Shafie Apdal Nak Bagi Rakyat Sabah Tanah Jika Menang Pilihan Raya

Screenshot 2020 09 22 At 6.48.50 Pm

Sumber: My KMU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.