in

“1 keluarga 3 ekar tanah” – Shafie Apdal Nak Bagi Rakyat Sabah Tanah Jika Menang Pilihan Raya

0.07

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

12 September lepas telah bermula kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri Sabah. Seramai 447 calon bertanding! Calon yang banyak memang menguji kreativiti calon lebih-lebih lagi untuk menarik undi.


Namun, yang paling menarik perhatian adalah ucapan daripada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, nak bagi tanah untuk semua rakyat Sabah!

Orang Sabah tidak perlukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya boleh dapat RM1,000 sekali setahun. Sebaliknya, kalau diberikan kuasa, beliau akan menyediakan geran tanah untuk semua orang Sabah.” – Sinar Harian

Bagi satu keluarga tiga ekar. Kalau satu ekar bernilai RM10,000, lima ekar RM50,000. Ia lebih baik daipada nilai BR1M.”

Ia (tanah) boleh disimpan seumur hidup, tapi kalau BR1M dapat RM1,000 berapa kali (guna) boleh habis.”

Tambahnya lagi, berita ini adalah sebagai galakan supaya mereka rajin berusaha dan tak terlalu terlalu mengharapkan bantuan seperti BR1M dan sebagainya.

Wah, beruntungnya jadi orang Sabah!

 

Baca : “Astagaaa! Fitnah-fitnah” – Pelakon Zizie Izette Dituduh Positif COVID 19 Selepas Bertemu Suami di Sabah

Bung Zizie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.