in

“He know nothing” – Pengarah Nur Respon Kenyataan Zed Zaidi Kata Drama Malaysia ‘Syok Sendiri’ Punca Gagal Di Negara Jiran

Ijat2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, dimaklumkan bahawa drama Nur tidak mendapat sambutan di negara Indonesia dan ia hanya bertahan satu episod sahaja.


Disebabkan itu, hari ini menerusi Utusan Malaysia Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abd. Jamil atau Zed Zaidi memberi satu kenyataan ketika ditanya berhubung isu drama Nur ini, dia meluahkan rasa kesal bahawa mutu drama di Malaysia ini hanya layak untuk siaran Malaysia sahaja.

Tambahnya lagi, kualiti drama Malaysia baginya ‘syok sendiri’ yang menjadi punca utama drama tempatan gagal mendapat tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.

 

“Abam percaya dia main bantai jer apa dia nak cakap. Blur! Janji aku kena jawab soalan reporter ni sbb kalau dia tak jawab nampak sangat dia bodoh kan” – Shahrulezad Mohameddin

Zed

Terpanggil dengan kenyataan itu, pengarah drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat tampil memberikan respon terhadap kenyataan Zed Zaidi menerusi Instagram selepas menjelas beberapa perkara ini.

Katanya, dia tak nak ambil kisah dengan perkara ini dan kata-kata sedemikian rupa tidak memberi kesan kepadanya.

Tambahnya, dia buat drama ini memang khusus untuk peminat drama Melayu bukannya berebut untuk pasarkan ke luar negara.

“Semua org berhak memberikan pendapat memasing. Lagipun abam bukan buat drama just to please semua org termasuk sangap nak ke luar negara bagai. Abam buat drama hanya untuk peminat drama Melayu khususnya peminat drama Radiusone.”

Kata Budak Ijat lagi, bukanlah dirinya yang paksa untuk ditayangkan tapi pihak dari negara jiran itu sendiri yang mahukan drama itu daripadanya.

“FYI, Yg meniru idea drama abam bukannya abam tapi dari derang. Yg nak beli drama abam bukannya abam yg paksa tapi stesyen derang yg beria ia nak beli syndicated right sampai dua season. Dan yg decide tak nak tayang padahal baru first eps pun bukan abam yg suruh.”

Menurutnya lagi, ada kemungkinan drama itu akan ditayangkan semula dengan jadual lain.

“Semuanya gara2 desakan peminat drama Nur dari seberang yg ‘marah’ bila drama Nur dihentikan tayangan secara tiba tiba.”

 

Sepatutnya peranan Stesen TV & Finas promote drama tempatan ke luar negara

Nur Tv

Tambahnya lagi, dia sikit pun tak kisah jika dramanya hanya nampak gah di sini kerana drama yang dihasilkannya.

“Semua perhatian ini adalah rezeki dari Allah semata. Walau hanya lima org yang menonton tapi kalau yang menontonnya ikhlas menyokong dan mendapatkan kebaikan dari drama abam alhamdullilah. Senang cerita abam tak terlalu ghairah pun nak jadi hero atau pelopor dalam mengeksport drama abam keluar negara sbb hak drama ni bukan di atas tangan abam lagi.”

Dia juga tegaskan bahawa stesen TV dan Finas yang patutnya memainkan peranan penting untuk eksport drama tempatan keluar negara.

 

“He(Zed Zaidi) know nothing pasal issue drama Nur”

Berhubung dengan kenyataan Zed Zaidi, Shahrulezad anggap bahawa Zed Zaidi ini orang yang tak tahu apa-apa tapi hanya nak jawab apabila disoal wartawan.

“Pasal statement shallow Zed Zaidi abam cuma mampu gelak jer. He know nothing pasal issue drama Nur kenapa dikatakan gagal menembusi pasaran di sana. Abam percaya dia main bantai jer apa dia nak cakap.”

“Blur! Janji aku kena jawab soalan reporter ni sbb kalau dia tak jawab nampak sangat dia bodoh kan. So korang sendiri la yg nilai jawaban dia. Bulan bulan poser macam ni abam tak koser nak sentap sentap bagai.”

 

Baca : “Acik bawang sana suka sinetron zoom in zoom out” – Rating Teruk? Drama Nur Hanya Ditayangkan 1 Eps Saja di Indonesia

Nur3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.