“Hati saya cintakan Malaysia” – ‘Karen’ Luah Perasaan, Dakwa Kita Semua Ada Hak Untuk Bebas

Jadikan sumber pilihan di Google
“Hati saya cintakan Malaysia” – ‘Karen’ Luah Perasaan, Dakwa Kita Semua Ada Hak Untuk Bebas

Sebelum ini, tular apabila seorang wanita membuat kecoh di butik Dior, KLCC gara-gara tidak mahu memakai pelitup muka.

Ekoran itu, wanita tersebut menerima banyak kecaman dan kritikan daripada rakyat Malaysia kerana tidak mengikut SOP seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Malah, beliau mendapat gelaaran ‘Karen’ kerana degil tidak mahu memakai pelitup muka.


Mengaku hati cintakan Malaysia

Dalam satu kenyataan dalam video menerusi akaun Twitter 117 We The People, wanita tersebut meluahkan perasaannya dengan mendakwa hatinya masih cintakan negara Malaysia.

Wanita tersebut turut menjelaskan tentang hak kebebasan. Jelas beliau, setiap individu berhak untuk memilih apa yang dikehendaki dari segi pemilihan makanan, lokasi yang dituju dan apa yang seseorang itu mahu lakukan terhadap badannya sendiri.

https://twitter.com/117WeThePeople/status/1456787452748763136

Beliau turut meminta rakyat Malaysia agar membuka mata dan hati untuk melihat negara luar yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih apa yang dikehendaki.

“Buka mata anda, buka hati anda, buka jiwa anda. Bayangkan rumah terbuka pada setiap hari dalam hidup kita, semua rakyat Malaysia bersatu. Kita bebas”, ujar wanita tersebut.

Mahu KJ letak jawatan kerana menindas?

Tidak cukup dengan itu, akaun 117 We The People turut mengecam tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa menindas rakyat biasa.

“Kerajaan tidak sepatutnya mengganggu rakyat dan menentukan bagaimana mereka menjaga kesihatan sendiri”

https://twitter.com/117WeThePeople/status/1453506318988361736

Oleh yang demikian, akaun ini meminta agar Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin untuk meletakkan jawatan kerana beliau bertanggungjawab ke atas memanipulasi makmlumat dan memberi pandangan buruk ke atas wanita tersebut. Macam tu pula?

https://twitter.com/117WeThePeople/status/1453506336805818371

Dapat reaksi rakyat Malaysia

Video wanita tersebut tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia. Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia masih berpendirian bahawa wanita tersebut di pihak yang salah kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka.

Malah, ada juga yang kurang senang dengan wanita ini dan mendakwa beliau telah memanipulasi isu melanggar SOP tersebut kepada isu hak kebebasan.

Sehingga kini, video tersebut sudahpun mendapat jumlah tontonan hampir 200,000 dan jumlah ulang ciapan lebih daripada 2,000.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

BACA: Netizen Persoal ‘Karen’ Hanya Dikompaun RM1500, KJ Buka Mulut Beri Penjelasan...

Capture 4

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Penggemar ayam 4Fingers.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Hati saya cintakan Malaysia” – ‘Karen’ Luah Perasaan, Dakwa Kita Semua Ada Hak Untuk Bebas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/hati-saya-cintakan-malaysia-karen-luah-perasaan-dakwa-kita-semua-ada-hak-untuk-bebas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen