“Hari-hari ada air kenc*ng depan pintu” – Jiran Hantar Sihir, Lepas Sentap Ditegur Parking Depan Rumah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Hari-hari ada air kenc*ng depan pintu” – Jiran Hantar Sihir, Lepas Sentap Ditegur Parking Depan Rumah

Bukan semua orang bernasib baik mempunyai rukun tetangga yang harmoni, ada yang bermasam muka, bermusuh malah sampaikan guna ilmu hitam pun ada seperti satu kejadian yang dikongsikan oleh seorang perawat di Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al Mustakim, iaitu Ustaz Zamri.

Kisahnya pesakit yang merupakan seorang wanita ini dikatakan telah disihir oleh jirannya sendiri. Kata Zamri, wanita itu telah disihir oleh jirannya yang kerap meletakkan kereta di hadapan rumahnya sampai mengganggu urusan harian.


“Negeri Sembilan, jiran berhati iblis. Jiran sebelah kerap sangat parking betul-betul depan pagar rumah sampai kereta sendiri nak keluar pun tak boleh.”

“Ada satu hari tu dia cakap dengan jiran. Cakap elok-elok kot supaya jangan parking depan pagar. Kalau parking tepi pagar tak apa.”

Tambah Zamri, jiran wanita itu bukan sahaja jadi bengang, dia siap maki hamun dengan kata-kata kesat kepada wanita itu. Sejak dari situ, wanita itu mula sedar bahawa ada banyak perkara aneh berlaku kepada dirinya.

“Merah menyala muka jiran tu dan dia jawab dengan nada tinggi. Dia kata kau pun sewa je. Sebelum mangsa duduk sini. itu memang tempat dia parking. Kena faham dia banyak kereta.”

Screenshot 2023 08 25 183148

“Lepas sound jiran sebelah, hari-hari ada air kencing disimbah atas lantai depan pintu. Sesekali sup bunjut depan pagar.”

Waktu wanita itu sedang dirawat dapat dilihat menerusi satu rakaman video yang dikongsikan oleh Ustaz Zamri di TikTok miliknya. Video tersebut memperlihatkan Zamri sedang memegang kepala mangsa serta leher.

Screenshot 2023 08 25 183039

Mangsa juga dilihat sedang menahan sakit sambil terbatuk-batuk mahu memuntahkan sesuatu. Dalam masa 3 hari, video ini telah meraih lebih daripada 77K jumlah tontonan. Rata-rata netizen kesian dengan nasib wanita ini, ada juga yang marah dengan jiran serta kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama.

Baca : “Saya tak dapat berjalan, rasa seperti dibakar” – Diva AA Mohon Jangan Hantar Sihir

Azwan Ali Kena Sihir

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Hari-hari ada air kenc*ng depan pintu” – Jiran Hantar Sihir, Lepas Sentap Ditegur Parking Depan Rumah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/hari-hari-ada-air-kencng-depan-pintu-jiran-hantar-sihir-lepas-sentap-ditegur-parking-depan-rumah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM