in

Harga Durian Di Malaysia Bakal Turun, China Dah Berjaya Tanam ‘Raja Buah’ Sendiri?

Durian China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sahaja rakyat di negara ini, durian Malaysia turut diminati di China terutamanya dalam kategori buah premium seperti Musang King dan D24.


Sejak beberapa tahun ini, pasti akan timbul isu harga durian dan ada yang mengaitkan dengan punca import ke China.

Namun, baru-baru ini China dilaporkan akan menuai hasil durian mencecah ribuan tan metrik pada tahun ini menerusi ladang-ladangnya yang terletak di wilayah Hainan.

Memetik laporan Produce Report, kawasan seluas 560 hektar dikhususkan untuk penanaman durian di Hainan terletak di Tapak Penanaman Durian Ekologi Yucai, di Sanya.

Tapak penanaman tersebut dimiliki oleh Hainan Youqi Agricultural Company yang diasaskan sekitar 2018 dan menjadi syarikat terbesar yang terlibat dalam industri durian di Hainan.

Difahamkan, syarikat berkenaan mengimport lebih 30 orang pakar penanaman durian dari Asia Tenggara sebagai usaha untuk membuka ladang. Malah, mereka juga melantik saintis terkenal tempatan seperti jurutera holtikultur dan agronomis.

Setakat ini, Youqi memiliki benih anak pokok lebih dari 100 baka durian, yang mana sebahagiannya berasal dari negara asalnya seperti Thailand, Malaysia dan Vietnam.

Melihat kepada laporan tersebut, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan ia suatu berita baik yang mana berkemungkinan harga durian di sini bakal turun dan penggemar durian dapat menikmati keenakan raja buah di pasaran tempatan pada harga mampu milik.

Screenshot 2023 03 20 164948

Pun begitu, ada juga yang menyatakan mungkin harga durian di sini tetap mahal dengan membandingkan hasil durian di Malaysia lebih berkualiti daripada China.

Pendapat korang macam mana pula?

Baca: Makan Buah Durian Dengan Kopi Espreso, Tindakan Wanita Mat Saleh Ini Cetus Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Buah Durian

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.