in

“Diplomasi durian”- Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida Cuba Makan Durian Ketika Melawat Malaysia

f4 pm jepun cuba makan durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Jepun iaitu Fumio Kishida telah datang ke Malaysia untuk lawatan rasminya ke negara ini.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah Kishida telah mencuba merasai sendiri keenakan raja buah iaitu durian setelah dijemput untuk merasai buah tersebut oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.


Dalam video yang dikongsikan oleh Duta Jepun ke Malaysia iaitu Katsuhiko Takahashi menerusi platform media sosial X, dapat dilihat dapat video tersebut bahawa PM Jepun itu telah mencuba makan durian dengan menggunakan sudu.

Artikel Berkaitan: Angkara Bau Durian, Pemandu Bas Di Thailand Pengsan Sampai Perjalanan Terpaksa ‘Delay’

Artikel Berkaitan: Makan Buah Durian Dengan Kopi Espreso, Tindakan Wanita Mat Saleh Ini Cetus Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Beliau kemudiannya mengangguk dan mengatakan rasa isi durian itu sedap.

Duta Jepun ke Malaysia pula menyifatkan situasi itu sebagai Diplomasi Durian dan turut berpendapat bahawa makan durian merupakan salah satu cara untuk mengenali negara Malaysia dengan lebih lanjut.

Mungkin lepas ni boleh lah kita import durian banyak-banyak ke Jepun pulak kan. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.