in

“Harap zoo lain pun buat macam ni” – Netizen Puji Idea Kreatif Taman Buaya Melaka, Buat Lawatan Maya Sempena PKP

Lawtan E1628994143681

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi tahun ini telah menyebabkan beberapa kawasan rekreasi seperti zoo dan lain-lain mengalami kerugian yang teruk.


Pelbagai bantuan diberikan buat penghuni zoo yang terdiri daripada pelbagai jenis haiwan liar, namun sampai bila perkara ini akan berterusan, kan?

Oleh itu baru-baru ini, Taman Buaya & Rekreasi Melaka telah membuat inisiatif baru dengan mengadakan ‘lawatan maya’ buat mereka yang ingin melawat zoo dan melihat hidupan liar semasa tempoh PKP dilaksanakan ini.

Posting dari page Facebook Taman Buaya Melaka ini telah mendapat sokongan netizen sehingga ia viral di media sosial.

Menurut posting tersebut, lawatan maya PKP ini akan diadakan menggunakan medium Google Meet atau Zoom dan hanya mengenakan harga serendah RM7 seorang je!

Sesi lawatan maya ini pula akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi 1 pada jam 11 pagi dan sesi 2 pula pada jam 2.15 petang.

 

“Tak dapat pi taman buaya… online pun jadi la” 

Rata-rata netizen memberi respon yang baik terhadap promosi tersebut dan ramai juga yang berminat dengan sesi lawatan maya tersebut.

Malah netizen juga menganggap ia merupakan inisiatif yang baik dalam membantu pihak zoo yang kini mengalami kerugian dan perkara ini patut dicontohi zoo lain juga yang mengalami masalah yang serupa.

Support

Bagi yang berminat untuk buat lawatan maya PKP di Taman Buaya & Rekreasi Melaka ini korang bolehlah hubungi mereka di Facebook dan isi form yang disediakan di page tersebut.

Kalau ada anak-anak yang bosan tak tau buat apa kat rumah tu bolehlah korang tempah slot lawatan maya ni dan tengok buaya-buaya yang ada kat sana. Best tau! 

Baca: Zoo Di Thailand Terpaksa Jual 11 Ekor Gajah Gara-gara Pandemik COVID-19

Jual 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.