in

Hanya Kerana Enggan Bergambar, Penyanyi Pukul Bekas Isteri Sampai Lebam

Httpswww.astroawani.comberita Malaysiapolis Tahan Penyanyi Lelaki Pukul Bekas Isteri Enggan Bergambar 357811 1 E1664678691726

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penyanyi yang merupakan vokalis dalam sebuah kumpulan ditahan polis semalam gara-gara memukul bekas isteri sehingga menyebabkan kecederaan di badannya.


Difahamkan, insiden itu berlaku di tempat letak kereta rumah penyanyi tersebut yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

Untitled Design 2022 04 21T094810.742
Gambar hiasan

Menurut laporan Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya semalam susulan laporan yang dibuat oleh bekas isterinya yang berusia 27 tahun itu.

“Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, mangsa berada di kawasan parkir kediaman lelaki itu di Kota Damansara untuk mengambil anak lelaki daripada bekas suami sebelum berlaku perselisihan faham kerana wanita itu enggan bergambar bersama suspek.

“Suspek telah memarahi dan memukul badan pengadu sehingga menyebabkan wanita itu lebam dan sakit pada anggota badannya,” katanya

Selain itu, ACP Mohd Fakhrudin juga berkata hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Insiden itu juga dikatakan telah tular di media sosial sejak semalam. Siapa agaknya ya?

Baca: “Dulu underneath pokok kelapa” – Netizen Teruja Marsha Naib Juara AJL 36 Lepas 16 Tahun Jadi Penyanyi

Httpswww.astroawani.comberita Malaysiapolis Tahan Penyanyi Lelaki Pukul Bekas Isteri Enggan Bergambar 357811

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.