in

“Hanya kerana cakap english”- Wanita Dipenggal Kepala Sebelum Otaknya Dimakan Dengan Nasi

Featured 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang nak kemana dan buat apa tu rasa macam dah tak selamat, seperti kejadian yang berlaku di wilayah Misamis Oriental, Filipina ini.


Seorang wanita yang identitinya masih tidak dikenalpasti menjadi mangsa kekejaman seorang lelaki apabila kepalanya dipenggal sebelum otaknya dimakan.

Lloyd Bagtong, 21 tahun ditahan selepas dipercayai merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan wanita tersebut, lapor Sinar Harian.

2W1280C0.Bild
Sumber: blog

Menurut polis, mayat wanita dalam keadaan separuh bogel itu ditemui kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta dalam keadaan tanpa kepala selain kedua-dua tangannya diikat.

Polis turut menemui kain dengan kesan darah di rumah Bagtong yang dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari tempat kejadian ke rumahnya.

Suspek nampak mangsa berhampiran tanah perkuburan, kemudiannya dia memukul kepala wanita itu dengan objek logam sebelum memenggalnya menggunakan alat seperti sabit.

“Senjata tersebut ditemui terselit di pinggang suspek. Suspek juga makan otak mangsa bersama nasi yang dimasak. Dia kemudiannya membuang tengkorak mangsa ke sebuah lubang tidak jauh dari rumahnya,”

Philippines Man Allegedly Beheaded Woman Ate Brains As Topping On Rice
Sumber: blog

Ketua Polis Talisayan, Maribeth Ramoga berkata suspek mungkin mempunyai masalah mental berdasarkan kenyataan daripada saksi yang mengenalinya.

Lebih mengejutkan, suspek mengatakan yang wanita tersebut dibunuh kerana mangsa bercakap dalam bahasa inggeris.

Saksi kejadian ada memberitahu yang sebelum kejadian kejam tersebut, mereka ada melihat suspek bersama mangsa.

Bagtong kini berada dalam tahanan polis.

 

Scary!

Baca : Meninggal Dunia Lepas Masuk Makam Firaun Tutankhamen, Ini Kisah Sumpahan Terkenal Yang Meragut 11 Kematian Dalam Tempoh 10 Tahun!

Firaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.