in

Hampir 25,000 Rakyat Malaysia Sign Petition Gesa Pos Malaysia Bagi Bonus Dekat Runner

Petisyen 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kes pekerja penghantar barangan yang menjadi tular kerana bebanan kerja yang banyak tetapi tak ada bonus, netizen telah membuat satu petisyen untuk menggesa pihak Pos Malaysia memberikan manfaat tersebut kepada pekerja-pekerja ini.


Petisyen itu dibuat menerusi laman change.org. Ia bertujuan agar dapat membantu hak pekerja ini yang telah berhempas pulas kerja lebih masa  sepanjang musim PKP lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

 

Mereka telah berusaha sangat keras untuk mencuba menghantar setiap surat dan bungkusan terutama dengan peningkatan belanja dalam talian semasa MCO. Mereka bekerja melebihi waktu yang diperlukan.”

Petisyen

Jumlah sasaran tandatangan untuk petisyen Pos Malaysia must give bonus or duit raya to our mailmen ini sebanyak 25,000. Namun, kini telah meraih sebanyak 19,852 sepanjang artikel ini ditulis.

Kes ini bermula apabila ada orang terdengar luahan daripada abang posmen yang telah mengundang sebak netizen.

Biarpun bermacam-macam reaksi dan kecaman telah di buat, pihak Pos Malaysia akhirnya telah memberi keterangan bahawa walaupun tiada bonus, tiada pekerja yang akan dibuang. Lapor MalaysiaKini

Malah, Pos Malaysia juga ada menjelaskan bahawa mereka tidak akan potong gaji pekerja mereka dan juga akan pastikan bahawa nasib pekerja mereka akan dilindungi.

Bagaimanapun netizen jadi marah, kerana sebelum ini pernah viral parcel mereka menimbun sampai 600,000 sehari. Mungkin itulah penyebab ada yang sampai buat petisyen kot

Baca : “Kerja menimbun, tapi tak bagi bonus” – Luahan Abang Posmen Undang Simpati Netizen

Parcel 1

Sumber: change.org

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.