in

Hajat Zarina Zainuddin Nak Nikahkan Anak Istimewa Ditentang Segelintir Pihak Sebab…

Ft Zarina Zainuddin Azal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini ada menyatakan bahawa anaknya Azal telah menemui teman istimewa. Bahkan Zarina juga sebelum ini menyatakan yang dia tiada halangan seandainya Azal berjodoh dengan wanita tersebut yang dikenali sebagai Rahmah.


Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak yang anggap tindakan itu sebagai tidak wajar. Umum mengetahui bahawa anak kepada Zarina Zainuddin ini merupakan insan istimewa.

Artikel Berkaitan : “Semoga ada jodoh”- Anak Zarina Zainuddin, Azal Dah Ada Girlfriend?

Artikel Berkaitan : Zarina Zainuddin Sedih Ada Individu Edit Wikipedia Anak, Dituduh Tak Siuman & Psiko

“Tak ada seorang profesional dalam bidang pun yang akan syorkan anak-anak Pn Zarina ni untuk bernikah”

Perkara itu dibahaskan oleh seorang individu yang dakwanya sudah lama berkerja dengan anak-anak istimewa ini menerusi platform media sosial, X.

Beliau ada membuat penjelasan dengan lebih terperinci mengenai ciri-ciri penyakit ASD (Autism Spectrum Disorder).

Jelasnya, terdapat 2 ciri utama yang ada pada penghidap ASD iaitu R/R (restrictive and repetitive) behaviour dan deficit in social communication. Berikut merupakan ciri-ciri tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen bersetuju dan tidak syorkan untuk berkahwin termasuklah salah seorang individu yang mendakwa dirinya adalah seorang ibu yang mempunyai anak austime. Menurutnya, dia juga tidak menyarankan agar anak Zarina ini berkahwin.

Screenshot 2023 10 10 160156

Mungkin naluri Zarina sebagai ibu kuat dan yakin mengatakan bahawa Azal boleh berdikari atau mungkin Rahmah adalah wanita yang menerima Azal seadanya dan mampu bimbing Azal.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.